Thursday, September 13, 2018

Setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen SK Taman Melati ke Pertandingan Karnival STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur di SMK Bandar Tasik Selatan, KL.

Kami sebagai warga SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen SK Taman Melati yang terdiri dari 7 orang guru dan 16 orang murid SK Taman Melati ke Karnival STEM Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur di SMK Bandar Tasik Selatan bermula 14-16 Ogos 2018.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Kamarudin bin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tujuan utama Karnival STEM ini dijalankan adalah untuk melahirkan murid-murid berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi, mengintegrasi konsep STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikan secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan pendekatan secara 'hands-on' dan penerokaan terbuka.
Dalam pertandingan ini, SK Taman Melati telah mendapat tempat kedua dan menjadi Naib Johan dalam kedua-dua acara iaitu Pertandingan Action song dan Pertandingan Bercerita STEM. Majlis Karnival STEM ini berakhir pada jam 4:30 petang. Semoga SKTMS semakin berjaya dan terus berjaya di masa hadapan.







No comments:

Post a Comment