Thursday, February 26, 2015

Lawatan Datin Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke SK Taman Melati




25 Februari 2015, Rabu -Lawatan Datin Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke SK Taman Melati untuk memantau keadaan trek sekolah yang agak uzur serta perjalanan sekolah

Friday, February 13, 2015

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2016 DAN 2017

Pendaftaran kanak- kanak warganegara ke Tahun satu bagi sesi persekolahan 2016 dan 2017 telah dibuka. Bagi yang ingin mendaftar di SK Taman Melati boleh mengambil borang di kaunter pejabat sekolah bermula 1 Mac 2015. Butiran adalah seperti berikut :-

Pendaftaran :

Sesi Pertama : 1 Mac hingga 30 April 2015 (Pendaftaran biasa)
Sesi Kedua   : 2 Mei hingga 30 Oktober 2015 (Pendaftaran Lewat bagi lahir tahun 2009)

Masa    : Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi - 4 petang)
Tempat : Pejabat Sekolah

Kelahiran pada : 02.01.2009 - 01.01.2010 (Sesi Persekolahan 2016)
                          02.01.2010 - 01.01.2011 (Sesi Persekolahan 2017)

Sila bawa bersama :
  1. Sijil Lahir Asal
  2. Salinan Sijil Lahir
  3. Bil Utiliti (Alamat semasa)
  4. Satu salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa/penjaga
  5. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 
  6. Setem 80sen




Thursday, February 12, 2015

PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Dimaklumkan bahawa cuti sempena Tahun Baru Cina seperti ketetapan berikut:

17/02/2015 (Selasa) - Cuti Persekolahan
18/02/2015 (Rabu) - Cuti Peristiwa
19/02/2015 - 20/02/2015 (Khamis - Jumaat ) - Cuti Tahun Baru Cina

Sekolah akan dibuka semula pada 23/02/2015 (Isnin)

Surat Edaran

Sekian.

Wednesday, February 11, 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12

Kepada semua ibu/bapa/penjaga SK Taman Melati

Pihak PIBG SK Taman Melati akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-12 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Melati, SK Taman Melati

Jika mempunyai usul atau cadangan sila isi didalam borang yang telah diedarkan.

Kedatangan tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih