Sunday, January 12, 2020

Layari Portal Rasmi Sekolah Yang Baru..

Pihak sekolah telah mewujudkan sebuah laman web rasmi yang baru mulai tahun 2020. Sila layari sktamanmelati.edu.my untuk info dan maklumat terkini mengenai aktviti-aktiviti sekolah.

Tuesday, January 1, 2019

Program Transisi dan Guru Penyayang di SK Taman Melati bagi tahun 2019.

Pada 2 Januari 2019, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah mengadakan Program Transisi dan Guru Penyayang bagi Tahun 2019. Program ini turut meriah dengan kehadiran 3 orang 'superhero' sebagai pemberi semangat kepada murid-murid SK Taman Melati terutamanya murid-murid Tahun 1 dalam menempuhi alam persekolahan bagi sesi 2019.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu murid-murid tahun 1 menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal dari tadika dan taska ke pendidikan formal di SK Taman Melati. Program ini berlangsung dari 2 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Sistem Pendaftaran Tahun 1 ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja pengemaskinian.

Harap maklum


Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati


Untuk pengetahuan ibu bapa yang dihormati, senarai buku tulis untuk sesi persekolahan 2019 boleh didapati di kaunter pejabat mulai hari ini. Kedai buku sekolah akan mula dibuka pada 17 Disember 2018 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang (setiap hari Isnin hingga Sabtu) kecuali hari Ahad dan Cuti Am.

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya@ SK Taman Melati

Pada 1 November 2018 lalu, SK Taman Melati telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya. Kejohanan ini adalah kemuncak bagi Program Celik Nutrisi yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Cawangan Permakanan). JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan Jabatan Pertanian WPKL.
Fokus utama program ini adalah bagi memerangi gejala obesiti di kalangan murid-murid sekolah dan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekolah tentang pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam program yang bermula dari bulan Mac 2018 ini terdapat beberapa aktiviti seperti Dapur Cilik, Kebun Cilik, Kembara RM3.00, senaman bersama ahli fisioterapi serta latihan bola jaring dan futsal. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah di bawah pengawasan 3 orang pegawai Sains Pemakanan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menghantar kontinjen seramai 57 orang dan mendapat kejayaan yang membanggakan iaitu :
1. SK Taman Melati telah menjadi sekolah terbaik bagi Program Celik Nutrisi 2018.
2. Pasukan Bola Jaring SK Taman Melati telah berjaya menjadi Johan dalam kejohanan ini.
3. Seorang murid SK Taman Melati iaitu adik Adlis Qaireena bt Badrulhisham telah berjaya menjadi peserta terbaik Program Celik Nutrisi 2018 apabila mencatat penurunan BMI (Body Mass Index) terbanyak.
Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.











Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahap 1 di Kejohanan Merentas Desa MSSWPKL Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
Pada 10 November 2018 lalu, Kejohanan Merentas Desa Tahap 1 Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall. Dalam kejohanan ini, murid-murid Tahap 1 (Tahun 1.2 dan 3) terdiri dari 5 kumpulan iaitu :
1. Lelaki Tahun 1 : Tempat ke-12
2. Lelaki Tahun 2 : Tempat ke-9
3. Lelaki Tahun 3 : Tempat ke-6
4. Perempuan Tahun 2 : Tempat ke-14
5. Perempuan Tahun 3 : Tempat ke-6
Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.








Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Bermula minggu hadapan, SK Taman Melati akan melaksanakan 'QR Code Friendly Environment'. Diminta semua ibubapa memuat turun aplikasi QR Code Reader/Scanner ke dalam perisian Android masing-masing. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play.
Bagi yang menggunakan iOS, Pengimbas Kod QR sudah tersedia di dalam sistem anda. Sekiranya tiada, boleh dimuat turun melalui Apple Store anda.