Sunday, September 28, 2014

Tahniah & Terima Kasih


Tahniah di ucapkan kepada Puan Nor Azizah bt Mohd Lazim dan Puan Khairin binti Johar di atas perlantikan penjawatan baru. Pn. Azizah telah dilantik sebagai PK HEM  dan akan mula berkhidmat di SK La Salle Sentul (1), manakala Pn. Khairin  telah dilantik sebagai PK Petang  dan akan mula berkhidmat di SK Marian Convent Setapak. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai  15 September 2014. Kami warga SK Taman Melati mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang berkhidmat disini. 

SELAMAT MAJU JAYA

Friday, September 26, 2014

CUTI SEMPENA UPSR

Kepada semua Ibu/ bapa/ penjaga murid SK Taman Melati

PEMBERITAHUAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 30/09/2014 & 09/10/2014

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Peperiksaan UPSR seperti ketetapan berikut:

Tarikh cuti : 30 September 2014 (Selasa) - Semua murid tahun 1 dan tahun 2.
                     9 Oktober 2014 (Khamis) - Semua murid tahun 1 dan tahun 2.

Murid  tahun 3, 4, dan 5 ,sila hadir kesekolah seperti biasa.

Surat akan diedarkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

surat siaran

Tuesday, September 23, 2014

PKSR 2 SK TAMAN MELATI



Tarikh PKSR 2 Pada :

20.10.2014 - 21.10.2014

Cuti Deepavali  
(22.10.2014 - 26.10.2014)

sambung semula pada 

27.10.2014 - 29.10.2014

* Jadual PKSR akan diberikan kemudian kepada murid*


Monday, September 22, 2014

PENDAFTARAN TAHUN 1

Pendaftaran tahun 1 -2016

Dokumen yang perlu disertakan :
  • Sijil asal kelahiran
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan bil utiliti
  • Salinan fotostat kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
  • sampul surat putih bertingkap 4" x 9" 
  • setem 0.60 sen

Friday, September 12, 2014

CUTI SEKOLAH

Selamat bercuti kepada semua murid SK Taman Melati. Jaga keselamatan diri semasa dalam cuti.  

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 22 September 2014 ( Isnin).


CUTI SEKOLAH

Tuesday, September 9, 2014

SAAT MENGHADAPI UPSR

09 September 2014, Selasa-  Semua sekolah rendah sedang menghadapi UPSR bagi murid tahun 6. Kepada semua murid tahun 6 doa kami warga SK Taman Melati sentiasa mengiringi anda. Semoga anda berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

Guru sedang mengedarkan slip peperiksaan kepada murid

Ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak.

Wednesday, September 3, 2014

UPSR

Kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR, kami warga SK Taman Melati mendoakan kejayaan anda. Semoga usaha anda mendapat kejayaan yang cemerlang.

GOOD LUCK

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-57 2014

3/9/2014, Rabu - Sekolah telah mengadakan pertandingan pakaian tradisional di Malaysia sempena sambutan kemerdekaan ke -57  bagi murid tahap 1 dan pra sekolah. Pelbagai jenis dan warna pakaian tradisional telah diperagakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sambutan kemerdekaan ke-57 2014