Tuesday, October 30, 2018

~Selamat datang ke SK Taman Melati Pn.Farina bt Mohd Yahya~

Kami, warga akademik dan pentadbiran SK Taman Melati mengalu-alukan kedatangan Pn. Farina bt Mohd Yahya ke SK Taman Melati sebagai Penolong Kanan Kokurikulum menggantikan Pn.Azizah bt Ali yang telah menjadi Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum SK Taman Melati berkuatkuasa 15 Oktober 2018.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai guru Pendidikan Islam di SK Desa Setapak, Kuala Lumpur. Semoga kehadiran puan dapat memantapkan lagi SK Taman Melati terutamanya dalam bidang kokurikulum.

Sesi Pemulangan Buku Teks Sekolah Tahun 2018

Bermula 25 dan 29 hingga 31 Oktober 2018, pihak SK Taman Melati mengadakan sesi pemulangan buku teks yang dipinjam murid pada awal tahun 2018. Sesi pemulangan buku teks ini diadakan supaya murid-murid SK Taman Melati dapat menggunakan buku teks tersebut dalam keadaan yang baik untuk tahun yang berikutnya di samping dapat melahirkan pelajar yang lebih menghargai buku sebagai sumber ilmu dan perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
Dalam sesi pemulangan buku teks ini, murid bersama guru-guru bertugas membaiki keadaan buku teks yang terkoyak serta dibalut dengan balutan plastik dan seterusnya disimpan mengikut inventori yang ditentukan. Guru-guru bertugas turut dibantu oleh pengawas SPBT bagi melicinkan urusan pemulangan buku teks. Sesi ini akan berakhir dengan sesi pemulangan buku oleh murid-murid Tahun 1 pada 31 Oktober 2018.

Program Pemantapan Ibadah @ SK Taman Melati anjuran Panitia Pendidikan Islam

Pada 26 dan 27 Oktober 2018 lalu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Melati dengan kerjasama Caliph Soul Consultant telah menganjurkan Kem Pemantapan Ibadah bertempat di SK Taman Melati. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang ibadah-ibadah seharian termasuklah tatacara bersolat dengan betul, tatacara menyembelih haiwan (dalam program ini haiwan yang disembelih adalah ayam), doa-doa amalan harian serta program ibadah-ibadah wajib dan sunat lainnya. Program ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun sebagai tetamu kehormat dalam program ini.
Antara program yang menarik yang dibuat adalah seperti Aktiviti Riadhah Bermodul, Program Qiamulail, Aktiviti Explorace Mega Ibadah serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kelihatan murid-murid yang terlibat begitu teruja dan bersemangat sepanjang program ini berlangsung kerana mendapat pendedahan baru serta dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekolah mereka.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam, AJK guru lain yang terlibat serta jutaan terima kasih kepada Caliph Soul Consultant atas komitmen yang diberikan. Semoga dengan adanya program seperti ini dianjurkan dapat memantapkan amal ibadah di kalangan murid-murid-murid SK Taman Melati.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Dibawah ada disediakan video serta gambar sepanjang program tersebut dijalankan.
Kredit : Ustazah Rayyan Halim













~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Encik Yus~

Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum (PK1) SK Taman Melati iaitu Encik Yusizrahisham bin Abdul Latif yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan La Salle Jinjang, Kuala Lumpur sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkuatkuasa 15 Oktober 2018. Beliau telah bertugas di sekolah ini sejak Oktober 2017.
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Yus dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah Encik Yus curahkan dalam mentadbir sekolah dan mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.





Pemberitahuan SK Taman Melati


Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia



Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Kepada ibu bapa yang ingin mengetahui status pemakaian kasut hitam untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia


Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahap 2 di Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.

Pada 21 Oktober 2018 lalu, Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall anjuran CAK Sports Academy dan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4.5 dan 6) terdiri dari Team A dan Team B SK Taman Melati telah mendapat johan dan tempat keempat keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati

Pada 18 Oktober 2018, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati di Dewan Gemilang, SK Taman Melati. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Taman Melati yang cemerlang dari segi sikap,sahsiah dan tauladan yang boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPW Keramat, En. Abing bin Haji Sabang sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini.
Selesai rehat Tahap 1 dan Tahap 2, Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati diadakan di dewan yang sama. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid SK Taman Melati yang merupakan bakal pewaris negara kita di masa akan datang. Sambutan Hari Kanak-kanak juga dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan pelawak terkemuka negara, Kumpulan Zero. Pelbagai lawak jenaka tetapi berisi sarat dengan nasihat telah disampaikan kepada murid-murid SK Taman Melati. Kelihatan murid-murid SK Taman Melati begitu seronok dan teruja dengan kehadiran mereka. Sedutan video murid-murid SK Taman Melati bersama kumpulan Zero turut disertakan.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak ini berakhir jam 1:00 petang.
Kredit gambar dan video: Ustazah Rayyan Halim dan Cikgu Zarina Zainuddin






Pemberitahuan SK Taman Melati

Kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1/2019 SK Taman Melati yang sudah membuat pengesahan online tapi masih belum menghantar surat cetakan pengesahan..diminta tuan/puan menghantar segera surat cetakan pengesahan berserta surat beranak asal untuk disahkan oleh pihak sekolah. Kelewatan tuan/puan akan menyukarkan pihak sekolah untuk membuat persediaan persekolahan anak tuan/puan untuk sesi tahun hadapan.
Harap maklum

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati


Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid prasekolah di Kejohanan Kid's Athletics Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.

Pada 30 September 2018, Kejohanan Kid's Athletics Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall anjuran CAK Sports Academy dan murid-murid prasekolah SK Taman Melati telah mendapat naib johan keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga prasekolah SK Taman Melati terus maju ke hadapan