Friday, January 30, 2015

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS SPBT 2015

 30/1/2015, JUMAAT - MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS


Tahniah kepada murid yang telah berjaya menyandang jawatan pengawas bagi tahun 2015. Semoga anda dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

http://sktmskl.blogspot.com/p/galeri.html

Sunday, January 18, 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2015

Kepada semua ibu/bapa/penjaga murid Tahap 2

Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum Tahun 2015 akan bermula pada 21 Januari 2015 seperti ketetapan berikut:

Hari      : Setiap hari Rabu ( Hari Persekolahan)
Masa    : 3.00 petang - 4.00 petang - Perjumpaan Unit Beruniform
               4.15 petang - 5.15 petang - Perjumpaan Kelab dan Persatuan / Sukan Permainan
Tempat : SK Taman Melati
Pakaian : Pakaian seragam lengkap untuk perjumpaan unit beruniform
               Pakaian sukan untuk Kelab dan Persatuan / Sukan Permainan.

Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dikehendaki hadir pada hari dan masa seperti maklumat di atas. Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Ibu/bapa/penjaga diminta memastikan keselamatan waktu datang dan balik anak- anak yang menghadiri aktiviti tersebut.

Murid- murid digalakkan memakai pakaian seragam Unit Beruniform yang lengkap pada setiap hari Rabu ( Hari Persekolahan Biasa)

Sekian.

Thursday, January 15, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 2015

Sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Januari 2015 (Jumaat)

Masa : 7.40 pagi - waktu rehat tahap 1 dan 2

Pakaian :
Murid beragama Islam.
Murid Perempuan- Baju kurung dan bertudung, kasut sekolah.
Murid Lelaki - Baju melayu lengkap , kasut sekolah.
Murid bukan beragama Islam - Beruniform Sekolah

Belajar mengikut jadual seperti biasa.

Harap maklum.






Wednesday, January 7, 2015

MAKLUMAN PINTU LALUAN MURID WAKTU DATANG DAN BALIK KESEKOLAH

Dimaklumkan semua murid dikehendaki melalui 2 (Dua) PINTU yang disediakan sewaktu datang dan balik sekolah seperti berikut

  1. Pintu kecil belakang berhampiran Kuaters guru
  2. Pintu kecil hadapan berhampiran Pra Sekolah
  3. Murid yang menaiki bas/van diminta berhenti dan turun dekat pintu kecil belakang berhampiran Kuaters guru
Ibu/ bapa / penjaga dilarang membawa anak- anak menggunakan pintu utama hadapan sekolah dan pintu utama belakang masuk ke kawasan kuaters guru.

Ibu/ bapa / penjaga dilarang meletakkan kenderaan atau menurunkan anak di hadapan pintu pagar.

Semua murid mesti berada ditapak perhimpunan jam 7.20 pagi kerana ada program dijalankan waktu pagi.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Tuesday, January 6, 2015

AGIHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015 (RM100.00)

Kepada semua ibu bapa/ penjaga Tahun 1 hingga Tahun 6 2015.

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 akan diagihkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 9 Januari 2015
Hari      : Jumaat
Masa    : 11 -12.30 tgh hari
              2.30 - 4.30 petang
Tempat : Tahap 1 - Bilik Urusetia - Tingkat 1
              Tahap 2 - Bilik Mesyuarat - Tingkat 1

Tuan/puan diminta hadir pada hari yang ditetapkan dan bawa bersama Sijil Beranak/ Kad Pengenalan pelajar.

Sekian makluman.

Program Transisi & Guru Penyayang 2015

Kepada semua ibu bapa/ penjaga tahun 1 2015

Minggu transisi tahun 1 akan bermula 12/1/2015 sehingga 30/1/2015. Perkara- perkara sepanjang minggu transisi adalah seperti berikut :
  1. Murid tidak perlu membawa buku hanya perlu membawa alat tulis, pensel warna dan gam sahaja sehingga diberitahu kelak. 
  2. Murid dikehendaki memakai pakaian sukan pada hari Juamaat  16 Januari 2015 (T-shirt putih dan seluar sukan hitam).
  3. Ibu bapa dibenarkan berada di kantin sekolah sehingga 16 Januari 2015 sahaja.
  4. Ibu bapa tidak dibenarkan naik ke kelas anak- anak.
  5. Waktu tamat persekolahan adalah seperti berikut:
           Isnin - Khamis1.00 pm
           Jumaat 12.00 pm

 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada murid.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan  cikgu Azlila (Penyelaras Transisi) dan Cikgu Anis Alwani (Penyelaras Tahun 1)

Sekian.