Tuesday, September 29, 2015

~Selamat bertugas di tempat baru Puan Zuhaily binti Zulkifly~


Kami sebagai warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada salah seorang guru SKTMKL yang telah bertukar ke SK Tiara Permai yang berkuatkuasa mulai hari ini, 30 September 2015. Beliau yang sebelum ini mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Matematik bagi Program Pemulihan Tiga M (Protim) tahap 2 bagi tahun 4 dan 5 akan mengajar kelas pra-sekolah di SK Tiara Permai.

Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Zuhaily binti Zulkifli dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen anda dalam mendidik anak-anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Program Seminar Keibubapaan 2015


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Program Seminar Keibubapaan yang bertujuan memberi pendedahan dan memperkasakan pengetahuan dalam mendidik anak-anak. Butiran lanjut tentang seminar tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 2 Oktober 2015
Hari : Jumaat
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Dewan Tertutup SK Taman Melati
Penceramah : Yang Berbahagia Kapt (B) Dato ; Haji Najmuddin Bin Elias Al-Hafiz.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengharap dan mengalu-alukan kehadiran tuan / puan bagi menjayakan seminar ini. Borang jawapan sudah diserahkan kepada murid-murid kepada semua ibubapa bermula hari ini.
4. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday, September 3, 2015

PENGUMUMAN MESRA SKTM


1. Adalah dimaklumkan bahawa pintu belakang (berhampiran kuarters) akan dibuka pada jam 12:55 tengahari dan akan ditutup pada jam 2:00 petang.

2. Pintu pagar Prasekolah akan dibuka pada jam 11:30 pagi untuk murid-murid prasekolah dan akan dibuka semula pada 1:00 petang hingga 2:00 petang bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan Tahap 2 (Tahun 4,5,6).

Harap maklum