Tuesday, October 20, 2015

Pemberitahuan tentang Jerebu (21/10/2015)


Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Disebabkan sesi persekolahan terpaksa ditutup hari ini akibat jerebu, pihak SK Taman Melati ingin memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya diadakan pada Isnin,Selasa dan Rabu (hari ini) akan dipinda kepada hari Khamis dan Jumaat ini serta pada hari Isnin minggu hadapan, mengikut jadual yang sama cuma harinya yang berbeza.
Sekian, Harap maklum

Sunday, October 18, 2015

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Disebabkan sesi persekolahan yang terpaksa ditutup pada hari ini, pihak SK Taman Melati ingin memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya diadakan pada hari ini akan dibawa ke esok hari, mengikut jadual yang sama cuma harinya yang berbeza.
Harap maklum.

Pemberitahuan KPM tentang jerebu (19/10/2015)


Sumber : FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, October 8, 2015

Pemberitahuan tentang Tarikh dan Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2015






Dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada 13-23 Oktober 2015. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memastikan anak-anak dapat menghadiri peperiksaan tersebut pada masa yang ditetapkan.

Bagi murid yang tidak dapat hadir pada hari peperiksaan, dibenarkan mengambil peperiksaan pada hari lain tetapi jumlah markah tidak akan dikira untuk kedudukan kelas kecuali mewakili sekolah.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat kami hargai dan sanjung tinggi. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Terima kasih

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

                                     

 Sekolah ganti dan Pelancaran Hari Sukan Negara akan diadakan pada 10 Oktober 2015 (Sabtu). Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sukan pada hari tersebut.

Sehubungan itu, ibu bapa serta penjaga diminta memastikan kehadiran waktu datang dan balik anak-anak pada hari tersebut.Kerjasama anda amatlah diperlukan dan diucapkan terima kasih.