Thursday, October 8, 2015

Pemberitahuan tentang Tarikh dan Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2015






Dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada 13-23 Oktober 2015. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memastikan anak-anak dapat menghadiri peperiksaan tersebut pada masa yang ditetapkan.

Bagi murid yang tidak dapat hadir pada hari peperiksaan, dibenarkan mengambil peperiksaan pada hari lain tetapi jumlah markah tidak akan dikira untuk kedudukan kelas kecuali mewakili sekolah.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat kami hargai dan sanjung tinggi. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Terima kasih

No comments:

Post a Comment