Tuesday, December 12, 2017

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati.

Bagi ibubapa yang berminat membeli baju dan seluar sukan sekolah...segala urusan pembelian akan diberitahu kemudian..
Harap maklum.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati.

Pendaftaran Tahun 1 bagi tahun 2019 sudah dibuka sejak 1 Mac 2017 di dalam Modul Pendaftaran Murid - Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) di https://public.moe.gov.my
Makumkan juga kepada saudara-mara, sahabat handai tentang pendaftaran Tahun Satu bagi Tahun 2019..

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati


Sunday, December 3, 2017

Majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Prasekolah tahun 2017.

Pada 19 November 2017 lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah di Dewan Gemilang, SK Taman Melati. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Sri Ghazali bin Haji Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia. Terdapat beberapa kategori anugerah telah diterima oleh pelajar-pelajar SK Taman Melati yang cemerlang seperti Penerima Anugerah Terbaik Aliran Tahun 1 hingga 6 dan Penerima Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tahun 1 hingga 6.
Dalam majlis yang sama juga diadakan Majlis Konvokesyen Prasekolah bagi tahun 2017 dimana 5 anugerah telah diterima oleh murid-murid prasekolah. Majlis berakhir pada jam 12:30 tengahari.



















Majlis Pengumuman Keputusan UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan Kokurikulum.

Pada 23 November 2017 lalu, telah diadakan Majlis Pengumuman Keputusan UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan Kokurikulum SK Taman Melati. Dalam majlis pengumuman ini seramai 10 orang murid SK Taman Melati telah mendapat 6A, 3 orang mendapat 5A dan 12 orang murid mendapat 4A. Slip keputusan peperiksaan telah diserahkan kepada murid-murid melalui guru kelas mereka. Ramai murid-murid yang hadir ke majlis tersebut ditemani oleh ibubapa mereka.
Selepas Majlis Pengumuman UPSR tersebut, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan Pn. Jamilah binti Ariffin, PK Tadbir dan Kurikulum yang merupakan guru dan penggerak utama Tahun 6 yang akan bertukar sebagai PK Tadbir dan Kurikulum di SK Desa Setapak setelah berkhidmat di SK Taman Melati selama hampir 14 tahun sejak tahun 2004.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Jamilah binti Ariffin atas jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau yang sentiasa bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
















Tuesday, May 16, 2017

Lawatan Muhibbah Sempena Hari Guru dari Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju

Pihak kami berbesar hati dengan kunjungan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju sempena Hari Guru 2017. Kunjungan ini diketuai oleh Datuk Hamdan bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Dalam lawatan ini, pihak Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju telah memberi cenderamata kepada pihak sekolah. Kami di SK Taman Melati amat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan.







Tuesday, April 4, 2017

Pemberitahuan Mesra SKTMSKL


Semua ibu bapa warga SK Taman Melati adalah dijemput hadir.

Harap maklum

Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang Bersempena Hari Persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati

Pada 31 Mac 2017 lalu, telah diadakan Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang bersempena persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 3 April 2017 merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, SK Taman Melati telah berkhidmat selama hampir 36 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2004.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En.Abdul Rahim bin Jonid, barisan pentadbir, guru-guru serta staf sokongan termasuklah rakan-rakan guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Selamat bersara Pn. Hajah dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.