Sunday, December 3, 2017

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan Kokurikulum.

Pada 23 November 2017 lalu, telah diadakan Majlis Pengumuman Keputusan UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan Kokurikulum SK Taman Melati. Dalam majlis pengumuman ini seramai 10 orang murid SK Taman Melati telah mendapat 6A, 3 orang mendapat 5A dan 12 orang murid mendapat 4A. Slip keputusan peperiksaan telah diserahkan kepada murid-murid melalui guru kelas mereka. Ramai murid-murid yang hadir ke majlis tersebut ditemani oleh ibubapa mereka.
Selepas Majlis Pengumuman UPSR tersebut, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan Pn. Jamilah binti Ariffin, PK Tadbir dan Kurikulum yang merupakan guru dan penggerak utama Tahun 6 yang akan bertukar sebagai PK Tadbir dan Kurikulum di SK Desa Setapak setelah berkhidmat di SK Taman Melati selama hampir 14 tahun sejak tahun 2004.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Jamilah binti Ariffin atas jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau yang sentiasa bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
















No comments:

Post a Comment