Thursday, December 15, 2016

Pemberitahuan Mesra SKTMSKL

Bermula 5 Disember 2016, kedai buku SKTMSKL telah dibuka. Berikut adalah senarai buku bagi tahun 2016/2017. Bagi pembelian T-shirt sukan sekolah dan seluar panjang, pembelian boleh dibuat di Bilik Kesihatan SK Taman Melati pada 3 Januari 2017. Harap maklum.

Sunday, October 30, 2016

Pemberitahuan Mesra SKTMSKL

Ralat :
- Bagi Murid Tahun 1(2016) :-
Buku Teks dan buku aktiviti yang hilang perlu diganti dalam bentuk 
WANG kerana buku tersebut tahun akhir penggunaan.


Tuesday, October 18, 2016

Pemantauan dan Penilaian ke atas Surau Ar-Raudhah, SKTMSKL oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI),KPM bersama Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPWPKL.

    Pada 18 Oktober 2016, Bahagian Pendidikan Islam, KPM bersama Sektor Pendidikan Islam, JPWPKL telah membuat pemantauan dan penilaian ke atas Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati. Seramai 12 orang mewakili pelbagai agensi termasuklah dari Bank Islam dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Bahagian panel penilai diketuai oleh Pn. Farhana bt Abd. Rashid, Ketua Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, BPI.
   Tujuan pemantauan dan penilaian ini diadakan adalah untuk Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan di mana ini adalah kali ke-2 Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah terpilih untuk masuk dalam pertandingan ini. Turut hadir bersama Datuk Roslan bin Madun selaku Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi bersama Ustaz Mohd Jailani bin Ahmad, Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayyubi.

Majlis berakhir pada jam 11:00 pagi

Makluman Mesra SKTMSKL


Tuesday, October 11, 2016

Program Tahun 6 Selepas UPSR

Program Khidmat Masyarakat SKTMSKL - Membersihkan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi


Pada 4 Oktober lalu, telah diadakan program gotong-royong di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, KL. Semua guru tahun 6 dan guru kaunseling serta murid tahun 6 terlibat dalam program ini. Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid Tahun 6 tentang tugas-tugas kemasyarakatan dan kesukarelawanan.
Pihak kami amat berterima kasih kepada pihak Masjid Salahuddin al- Ayyubi yang telah bermurah hati untuk menaja penuh jamuan ringan kepada semua guru dan murid yang terlibat. Semoga dengan program seperti ini dapat mendekatkan diri murid-murid Tahun 6 dengan tugas-tugas kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Program tamat pada jam 12.00 tengahari.













Pemberitahuan Mesra SKTMSKL

Makluman Cuti Deepavali 2016.


Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun 2016 - Tahap 1 dan 2




Tuesday, June 28, 2016

Makluman Mesra SKTMKL

Pemberitahuan Cuti Hari Raya Aidilfitri 2016

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan berikut :

BIL.
TARIKH CUTI
CATATAN
1
4/7/2016 – 5/7/2016 (ISNIN - SELASA)
CUTI PERAYAAN
2
6/7/2016 – 7/7/2016 (RABU - KHAMIS)
CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
3
8/7/2016 (JUMAAT)
CUTI PERAYAAN

Untuk makluman tuan / puan, sekolah akan dibuka semula pada 11/7/2016.

Kerjasama tuan / puan amat diharapkan supaya dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah semula pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.