Tuesday, October 18, 2016

Pemantauan dan Penilaian ke atas Surau Ar-Raudhah, SKTMSKL oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI),KPM bersama Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPWPKL.

    Pada 18 Oktober 2016, Bahagian Pendidikan Islam, KPM bersama Sektor Pendidikan Islam, JPWPKL telah membuat pemantauan dan penilaian ke atas Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati. Seramai 12 orang mewakili pelbagai agensi termasuklah dari Bank Islam dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Bahagian panel penilai diketuai oleh Pn. Farhana bt Abd. Rashid, Ketua Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, BPI.
   Tujuan pemantauan dan penilaian ini diadakan adalah untuk Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan di mana ini adalah kali ke-2 Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah terpilih untuk masuk dalam pertandingan ini. Turut hadir bersama Datuk Roslan bin Madun selaku Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi bersama Ustaz Mohd Jailani bin Ahmad, Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayyubi.

Majlis berakhir pada jam 11:00 pagi

No comments:

Post a Comment