Tuesday, October 11, 2016

Program Tahun 6 Selepas UPSR

Program Khidmat Masyarakat SKTMSKL - Membersihkan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi


Pada 4 Oktober lalu, telah diadakan program gotong-royong di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, KL. Semua guru tahun 6 dan guru kaunseling serta murid tahun 6 terlibat dalam program ini. Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid Tahun 6 tentang tugas-tugas kemasyarakatan dan kesukarelawanan.
Pihak kami amat berterima kasih kepada pihak Masjid Salahuddin al- Ayyubi yang telah bermurah hati untuk menaja penuh jamuan ringan kepada semua guru dan murid yang terlibat. Semoga dengan program seperti ini dapat mendekatkan diri murid-murid Tahun 6 dengan tugas-tugas kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Program tamat pada jam 12.00 tengahari.













No comments:

Post a Comment