Wednesday, July 22, 2015

Pemberitahuan Mesra : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SKTM.

1. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 23/7/2015
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang
Tempat : SK Taman Melati.
2. Sehubungan itu, semua murid-murid SKTM digalakkan hadir dengan berpakaian hari raya pada majlis tersebut. Makanan disediakan oleh ibubapa / penjaga mengikut yang telah ditetapkan oleh guru kelas anak masing-masing.
3. Kerjasama ibubapa / penjaga diminta menguruskan pengangkutan anak-anak pada hari tersebut.
4. Pihak sekolah mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan

Friday, July 17, 2015

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015..MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Bersempena hari yang mulia ini, kami barisan pentadbir, warga pendidik dan kakitangan sokongan SKTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga amalan puasa kita pada tahun ini diterima Allah swt dan seterusnya ditempatkan kita bersama para solihin di akhirat nanti. Insha Allah. Kepada yang masih lagi dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hati dalam pemanduan anda dan kami di SKTM mendoakan semoga perjalanan tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dilindungi oleh Allah swt. 


Wednesday, July 8, 2015

Sumbangan Ikhlas dari Surau Al Iman, Kondominium PV8

Pada 6 Julai 2015, pihak SKTM telah menerima kunjungan dari 2 orang wakil dari Surau Al Iman, Kondominium PV8, Taman Melati. Dalam pertemuan bersama Guru Besar SKTM, En. Mohd Sadli bin Harun. 2 orang wakil Surau Al Iman telah memberikan sumbangan sebanyak RM3000.00 kepada Guru Besar sebagai sumbangan kepada murid-murid anak yatim / miskin SKTM. Pihak kami amat menghargai dengan sumbangan yang diberikan. Semoga dengan sumbangan ini dapat menggalakkan orang ramai agar dapat memberi sumbangan dalam meringankan beban mereka yang memerlukan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan.
Kredit kepada : SURAU AL IMAN PV8
https://www.facebook.com/groups/1407302769493432/

Thursday, July 2, 2015

Pem : Sumbangan Bersempena Program Ihya Ramadhan 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SKTM dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Program Ihya Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun 2015. Bersempena bulan yang mulia ini juga turut dijalankan kutipan dan sumbangan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan miskin di sekolah ini.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami untuk memohon sumbangan tuan/puan bagi tujuan tersebut. Sumbangan berkenaan akan disampaikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 10 Julai 2015. Disertakan bersama surat rasmi berkenaan sumbangan ini.