Thursday, August 28, 2014

PEMBERITAHUAN TARIKH UJIAN FORMATIF 2 2014 BAGI TAHUN 5 DAN 6 SAHAJA.

Kepada semua Ibu/bapa/penjaga TAHUN 5 & 6  SK Taman Melati KL.

Sukacita dimaklumkan  bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Ujian Formatif 2 bagi tahun 2014 pada 09 September sehingga 12 September. Jadual telah diedarkan kepada semua murid  tahun 5 dan tahun 6.

Klik Jadual Formatif 2 untuk melihat jadual.

Kerjasama tuan/puan adalah diharapkan supaya dapat memastikan kehadiran anak- anak ke sekolah pada tarikh- tarikh tersebut.

Sekian terima kasih.


PEMBERITAHUAN CUTI BERGILIR SEMPENA UPSR DAN TARIKH UJIAN FORMATIF 2 2014

Kepada semua Ibu/ bapa/ penjaga murid SK Taman Melati

PEMBERITAHUAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2014

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Peperiksaan UPSR Seperti yang ditetapkan.
Sila rujuk  surat siaran. Jadual cuti

Wednesday, August 27, 2014

MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN KARNIVAL CERGASTHON MSKPPWPKL 2014

23 Ogos 2014, Sabtu - SK Taman Melati telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Penutupan Rasmi dan Karnival Cergasthon MSKPPWPKL 2014. Perasmian penutupan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis ini juga turut dihadiri Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  Datin Nawal binti Salleh dan Timbalan Pengarah Encik Tajuddin bin Mohamad Mor.


Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah :
    • Pertandingan Grafitti
    • Paintball
    • Rumah hantu
    • Mini Zoo
    • Paddling Boat
    • Water Ball
    • Karaoke
    • Gerai Jualan




Pelbagai aktiviti di karnival Cergasthon
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis dan karnival Cergasthon ini. Pihak sekolah  mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor kerana sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis penutupan Cergasthon. Juga tidak dilupakan kepada Datin Nawal dan Encik Tajuddin yang turut bersama turun padang bagi menjayakan karnival Cergasthon ini.


Thursday, August 21, 2014

JEMPUTAN MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN HARI KARNIVAL CERGASTHON

Sebagai makluman , pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan  menganjurkan majlis perasmian penutupan Cergasthon yang akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati

Berikut merupakan butiran mengenai program berkenaan :

Tarikh   : 23 Ogos 2014
Hari      : Sabtu
Masa    : Bermula 8.00 pagi (Majlis penutupan - 3.00 Ptg)
Tempat : SK Taman Melati

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan seperti gerai jualan, permainan, pameran serta akan turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kami berbesar hati menjemput semua untuk hadir ke program yang akan dijalankan ini bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Kami pihak sekolah dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir.