Aktiviti



TAHUN 2015




LDP - PEMANTAPAN TATABAHASA DLM KALANGAN GURU

20 APRIL 2015 - ISNIN

PENCERAMAH : PN. SHARIFAH MUSALMAH


...........................................................................................................



JALINAN ERMATA HARAPAN (LINUS & PEMULHAN)

11 APRIL 2015, SABTU




............................................................................................................

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG / SUKANEKA

13/32015 & 14/3/2015 , Sekolah telah mengadakan Sukaneka pada 13/3/2014 dan Kejohanan Balapan dan Padang pada 14/3/2015. Alhamdulillah kesemua aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada rumah merah yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam kejohanan 2015 ini.


 


 Perbarisan Rumah Sukan telah dimenangi oleh Rumah Kuning.Tahniah.


Sukaneka (Tahun 1, 2 & 3)

 Khemah Rumah Sukan yang tercantik dimenangi oleh Rumah Biru.Tahniah.

............................................................................................................

 

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2015 (CUTI SEMESTER 1)






............................................................................................................


KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS

14/2/2015 - SABTU

Kem Kepemimpinan Pengawas

14/2/2015, Sabtu - Kem Kepemimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas SPBT telah dijalankan bagi meningkatkan sifat kepemimpinan dalam diri  pengawas-pengawas selaku pemimpin di sekolah. Diadakan selama 2 hari 1 malam yang bertempat di SK Taman Melati.

 

..........................................................................

 30/1/2015, JUMAAT

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENGAWAS SPBT TAHUN 2015


PENGAWAS SEKOLAH

KETUA : MUHD LUQMAN ANIQ BIN NORHISHAM (6A)
PENOLONG 1 : ARISYA NURUL IMAN BINTI ROMZI (6A)
PENOLONG 2 : WAN ALIF FIRDAUS BIN WAN KHAIRUDDIN (6B)
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)


KETUA : NIK NUR ZUHAIRAH BINTI NIK ZULKIFLEE (6A)
PENOLONG : NUR AINI SYAMIRA BINTI SYARANEE (6A)
PENGAWAS SPBT

KETUA : DINDA AYU RAIHANA BINTI MOHD DARDIRI (6A)
PENOLONG : MUHD AIEMAN BIN MOHD ABU BAKAR (6A)


..........................................................................



JADUAL KELAS INTENSIF TAHUN 5 2015



JADUAL AKAN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA MENGIKUT PROGRAM SEKOLAH 

.................................................................................................


JADUAL KELAS BAHASA CINA 2015



.................................................................................................


JADUAL INTENSIF TAHUN 6 2015




# UPSR pada 8,9 dan 10 September  2015

JADUAL AKAN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA MENGIKUT PROGRAM SEKOLAH @KPM

.................................................................................................



MAJLIS JALINAN MESRA IBU BAPA MURID TAHUN 6
24 Januari 2015 - Sabtu

 
Jalinan mesra ibu bapaTahun  6

.........................................................................................................

MAULIDUR RASUL TAHUN 2015
16 Januari 2015 - Jumaat

Perarakan Maulidur Rasul Tahun 2015
 SK Taman Melati telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 16/1/2015- Jumaat. Majlis dimulakan dengan ucapan dan bacaan doa seterusnya mengadakan perarakan sambil membaca selawat keatas Nabi Muhamad SAW. 



******************************************************
 

TAHUN 2014



KURSUS KEPIMPINAN & SAHSIAH 

7  - 8 November 2014 (Jumaat & Sabtu) - Kursus kepimpinan dan sahsiah/ khemah ibadah  ini melibatkan murid tahun 6 selama 2 hari 1 malam di SK Taman Melati. Program ini dapat meningkatkan motivasi diri , melahirkan pemimpin- pemimpin yang berketerampilan , beriltizam tinggi dan berkualiti pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua murid dan guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 https://www.facebook.com/sktms.kl



Sambutan Hari Kanak- kanak -2014


4 November 2014 - Sambutan hari kanak- kanak SK Taman Melati dirasmi oleh Dato'  Amran bin Mat Nor. Pelbagai jenis persembahan di persembahkan bagi memeriahkan hari kanak- kanak. Jamuan makan diadakan dikelas masing- masing.

Persembahan Tahun 2




Persembahan prasekolah



Hari Orientasi tahun satu sesi 2015
30 Oktober 2014 , Khamis- Sekolah telah mengadakan hari Orientasi tahun 1 sesi 2015. Ibu bapa yang hadir diberi taklimat di Dewan Melati, manakal murid dibawa ke kelas dan diberi  ujian bagi menentukan kelas. Terima kasih kepada semua guru-guru dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan hari orientasi ini.


Orientasi tahun 1 - 2015




Majlis bacaan yassin dan solat hajat 2014
4 September 2014 , Khamis- Majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di Dewan Melati, SK Taman Melati. Hanya murid- murid tahun 6 sahaja yang terlibat, ibu bapa dan guru- guru. Majlis ini diadakan bersempena murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Bacaan yassin telah dipimpin oleh Ustaz Helmy. Terima kasih kepada semua yang menghadirkan diri dalam majlis ini semoga usaha dan iringan doa memudahkan anak- anak dalam menghadapi UPSR. 




_________________________________________________________________________________





LDP - Pembimbing rakan sebaya

Kursus dalaman yang bertajuk " Pembimbing rakan sebaya" telah diadakan di Dewan Melati SK Taman Melati. Penceramahnya ialah Encik Latif. Semua guru dan kakitangan terlibat dalam kursus dalaman ini. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam kursus ini.  







_________________________________________________________________________________


Aktiviti KOKO

Aktiviti unit beruniform diadakan setiap hari rabu 3.15 petang sehingga 4.15 petang. kemudian bersambung dengan aktiviti kelab dan persatuan iaitu dari 4.15 petang  sehingga 5.15 petang. Aktiviti ini akan berselang seli dengan permainan setiap minggu. Aktiviti KOKO ini hanya melibatkan murid tahap 2 (tahun 4,5,6) sahaja.


Aktiviti KOKO di SK Taman Melati

_________________________________________________________________________________
 

Kejohanan Balapan dan Padang dan Sukaneka ke-11 2014

21 Jun 2014 - Hari Kejohanan Balapan dan Padang dan Sukaneka telah diadakan pada hari sabtu 21/06/2014 bertempat di Mini Stadium SK Taman Melati. Semua Murid terlibat sama ada yang mengambil bahagian ataupun tidak. Hari Kejohanan ini telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu Dato' Amran bin Mat Nor dan tetamu dari JPWPKL iaitu En. Hairudin, AJK PIBG ,dan Ibubapa. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Hari kejohanan yang ke-11 ini. Terima kasih juga kepada semua warga SK Taman Melati  yang terlibat. 

       Tahniah diucapkan kepada pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada Rumah Merah yang telah berjaya meraih juara keseluruhan rumah sukan. " Merah Juara"


Raptai Hari Sukan


Hari Kejohanan Balapan dan Padang dan Sukaneka ke-11 2014


_________________________________________________________________________________


Majlis perpisahan guru.

20 Jun 2014 - Majlis perpisahan guru telah diadakan didewan tertutup SK Taman Melati bagi meraikan perpisahan kepada guru yang telah bertukar sekolah. Guru tersebut ialah Pn. Murni (bertukar ke Kedah), Pn. Rahimah dan Pn. Mardihah. Terima kasih diucapkan kepada guru tersebut selama mereka mengajar di SK Taman Melati kerana banyak menyumbang ilmu, tenaga untuk mendidik anak-anak di SK Taman Melati. Terima Kasih. Jasamu akan dikenang.





_________________________________________________________________________________

Jadual latihan rumah sukan 2014 bagi murid tahun 4, 5 dan 6 yang akan diadakan bermula 14 April 2014


Hari Waktu Rumah Sukan
Isnin 3.00 - 5.00 petang Biru dan Kuning
Rabu 3.00 - 5.00 petang Merah dan Hijau

_________________________________________________________________________________

Kem Bestari Solat Tahap 1

12 March 2014 - Alhamdulillah Kem Bestari Solat tahap 1 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut yang dirancang. Terima kasih dan Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Murid- murid diarahkan untuk makan dahulu sebelum mengambil wuduk.



Murid - murid sembahyang di dewan yang di imamkan oleh ustaz Zainulabidin

No comments:

Post a Comment