Friday, July 25, 2014

PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada semua Ibu bapa / Penjaga SK Taman Melati

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan berikut:

28/7/2014 - 29/7/2014 (Cuti Hari Raya Aidilfitri)
30/7/2014 (Cuti peristiwa)
31/7/2014 -1/8/2014 (Cuti berganti (telah berganti)

Untuk makluman, sekolah akan dibuka semula pada 4/8/2014 (Isnin)

Kerjasama tuan/puan adalah diharapkan supaya dapat memastikan kehadiran anak- anak ke sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian , terima kasih.

Salam Aidilfitri



Wednesday, July 23, 2014

Pengesahan Tahun 1 sesi 2015

Surat penempatan  tahun 1 bagi sesi 2015 telah di edarkan kepada ibu bapa melalui pos. Tarikh pengesahan bermula dari 1 Ogos hingga 30 ogos 2014. Sila bawa surat penempatan dan sijil asal kelahiran untuk membuat pengesahan.

Untuk tempahan nametag sila bawa bersama RM5 untuk 3 Keping.

Kelewatan dalam membuat pengesahan tidak akan dilayan.

Majlis Orientasi tahun 1 2015 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 30hb Oktober 2015
Masa : 8am - 1 pm
Tempat : Dewan SK Taman Melati

* Surat Orientasi akan diberi semasa pengesahan dibuat*

Wednesday, July 2, 2014

Kutipan Derma Untuk Bantuan Murid Sempena Aidilfitri

Kepada Ibu, Bapa, Penjaga Murid SK Taman Melati

Dimaklumkan bahawa unit HEM SK Taman Melati akan mengadakan program bantuan murid sempena bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri. Program ini diadakan bagi membantu murid miskin. Kutipan akan dilakukan pada hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan. Ibu bapa boleh menyalurkan sumbangan melalui anak- anak.

Sekian, terima kasih.

Surat Siaran