Tuesday, December 30, 2014

PENANGGUHAN TARIKH SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2015

Merujuk kepada surat dari KPM (KP/KPPM/7(23)  adalah dimaklumkan berikutan banjir yang sedang melanda negara KPM dengan ini bersetuju untuk mengangguhkan tarikh permulaan sesi penggal persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 seperti berikut :

Kumpulan A (Kedah , Kelantan, Terengganu dan Johor) 
Sesi persekolahan dijadualkan pada 4 Januari 2015 ditangguhkan ke 11 Januari 2015

Kumpulan B (Selain dari negeri yang dinyatakan di atas)
Sesi persekolahan dijadualkan pada 5 Januari 2015 ditangguhkan ke 12 Januari 2015




Monday, December 22, 2014

Pengambilan Buku Teks tahun 5, 2015

Untuk makluman,

Pengambilan buku teks tahun 5, 2015 adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 2 JANUARI 2015
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI - 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK SPBT SK TAMAN MELATI

Sekian.