Thursday, February 16, 2017

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Ustaz Helmy~

Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada salah seorang guru penggerak utama Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati iaitu Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib yang telah bertukar ke Unit Pengurusan Akademik, PPW Keramat dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Wilayah Pendidikan Islam berkuatkuasa 16 Januari 2017. Beliau yang bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Taman Melati telah memulakan tugas sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah ini sejak 2010.
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Helmy dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Majlis Makan Malam dan Majlis Jasamu Dikenang Baktimu Dijulang Bersempena Hari Persaraan Pn. Chong Lai Hoi

Pada 24 dan 25 Januari 2017 lalu, SK Taman Melati telah diadakan Majlis Makan Malam dan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dijulang bagi meraikan persaraan seorang guru senior di SK Taman Melati iaitu Pn. Chong Lai Hoi. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 25 Januari 2017 merupakan guru Matematik Tahun 6 telah berkhidmat selama 37 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2006.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En. Chua Chee Tiong, barisan pentadbir, guru-guru serta staf termasuklah rakan-rakan guru yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Cikgu Chong Lai Hoi dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.

Selamat bersara dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.

Program Jom Ke Sekolah Peringkat SK Taman Melati

Pada 6 Februari 2017, pihak SK Taman Melati dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Wangsa Maju telah mengadakan Program Jom Ke Sekolah. Program ini adalah sebahagian daripada program Jom Ke Sekolah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Seramai dua orang pegawai polis telah hadir dalam program ini.
Program bermula jam 7:30 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah. Program dimulai dengan bacaan doa dari Ustaz Husni bin Ibrahim. Selepas itu, bacaan ikrar Program Jom ke Sekolah dari ketua pengawas SKTMSKL. Selepas itu, ucapan Ketua Polis Negara untuk Program Jom ke Sekolah telah dibaca oleh Koperal Wan Bazlin bin Wan Omar selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Selepas bacaan ucapan itu, majlis pelancaran telah diadakan di mana program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun.
Majlis tamat pada jam 9:00 pagi.

Lawatan Penanda Aras PPD Bachok ke SK Taman Melati

Pada 8 Februari 2017, seramai 5 orang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok dan 31 orang guru LINUS sekolah-sekolah daerah Bachok, Kelantan diketuai oleh Cik Zurnaini bt Mohd Yusoff telah membuat lawatan ke SK Taman Melati. Lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta mewujudkan kerjasama (mutual understanding) antara SK Taman Melati dan PPD Bachok. Turut hadir YDP PIBG SK Taman Melati, Dato Amran bin Mat Nor, Pegawai SIP+ PPW Keramat, Dr Nor Izah bt Mohd Salleh dan Pegawai Perhubungan Sekolah PPW Keramat, En. Abing bin Haji Sabang dan pegawai-pegawai FasiLINUS PPW Keramat.
Mereka telah dibawa melawat ke Bilik Mesyuarat untuk diberi taklimat dan penerangan umum berkenaan SK Taman Melati dan Program LINUS di SK Taman Melati. Kemudian, mereka dibawa melawat ke kelas-kelas Tahun 1 SK Taman Melati, Bilik BOSS SPBT dan Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati.
Di akhir lawatan ini Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun dan Pegawai FasiLINUS PPD Bachok, Cik Zurnaini bt Mohd Yusoff telah menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak dalam menjayakan perkongsian ilmu dan pengalaman di masa akan datang.
Semoga dengan kehadiran pegawai dan guru-guru LINUS PPD Bachok ke SK Taman Melati dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman guru-guru dalam meningkatkan prestasi murid-murid di SK Taman Melati.
Majlis berakhir pada jam 12:00 tengah hari.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Kelas tuisyen Anjuran DBKL akan dijalankan bermula bulan Mac 2017. Syarat kelayakan adalah :
1. Pendapatan keluarga kurang daripada RM5000.00
2. Untuk murid-murid tahun 5 & 6 sahaja.
3. Kelas akan dijalankan setiap hari ISNIN, SELASA, KHAMIS & 
JUMAAT.
4. Kelas pada 8.00 -10.00 malam.
5. Yuran Pendaftaran dalah RM10.00 setahun.
6. Duit buku RM20.00
Ibu bapa yang berminat diminta serahkan salinan surat beranak murid sebelum 16/2/2017. Tempat adalah terhad kepada 30 orang murid (Tahun 5) dan 30 orang murid (Tahun 6).
Sebarang pertanyaan sila whatsapp terus ke Cikgu Faiz di talian 010-3710903

Monday, February 13, 2017

Video Montaj Lawatan Penanda Aras LINUS PPD Bachok ke SK Taman Melati pada 8 Februari 2017.

https://www.youtube.com/watch?v=wUV6YZzsPJ0&t=35s