Monday, November 23, 2015

Makluman Mesra SKTMKL

Bagi ibu bapa yang ingin membeli buku sekolah dan alat tulis anak-anak bagi kegunaan sesi persekolahan tahun hadapan, kedai buku SKTMKL akan dibuka seperti biasa pada 30 November 2015.
Harap maklum.

Temuduga Kemasukan Murid Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2016.

Dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan mengadakan temuduga kemasukan ke SMKA dan SABK bagi kemasukan ke Tingkatan 1 2016 adalah pada :
Tarikh : 3, 5 dan 6 Disember 2015
Tempat : Sila rujuk salinan surat yang dipaparkan.
Masa : 8:00 pagi
Pakaian Temuduga : Pakaian Sekolah.
*Sila rujuk kepada salinan surat yang disertakan bersama.
Sekian, terima kasih

Wednesday, November 4, 2015

Makluman Mesra SKTMKL:

Pemberitahuan Sempena Cuti Deepavali 2015.
Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan bercuti sempena Perayaan Deepavali pada hari Isnin (9/11/2015) - Khamis (12/11/2015). Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari Jumaat (13/11/2015). Bagi ibu bapa yang ingin berurusan di pejabat SK Taman Melati, pejabat pentadbiran akan dibuka seperti biasa kecuali hari Selasa (10/11/2015).
Harap maklum.

Program Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan Vaksinisasi Kepada Murid-murid Tahun 1 SKTMKL

Pada 3 dan 4 November 2015, semua murid Tahun 1 SK Taman Melati telah menerima suntikan vaksinisasi dari Unit Kesihatan Bergerak Sekolah, Klinik Kesihatan Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur. Suntikan yang diberikan kepada mereka adalah suntikan Double Antigen dan vaksin bagi Measles, Mumps and Rubella (MMR). 2 suntikan ini amat penting bagi mereka bagi mengelakkan dari terkena penyakit seperti Diphteria, Tetanus dan beguk. Selain itu, suntikan ini dapat menguatkan sistem imunisasi badan mereka dalam melawan penyakit. Murid-murid Tahun 1 juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menerima suntikan ini.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Pasar Besar Gombak kerana sudi hadir ke sekolah kami dan memberi suntikan kepada murid-murid tahun 1 SK Taman Melati. Semoga dengan pemberian suntikan ini dapat melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental dan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang di masa akan datang.






Pembukaan Kelas Mengaji Al-Quran di Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati

Dimaklumkan bermula Oktober 2015, dibawah Program Transformasi dan Pengimarahan Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati, pihak jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, SKTMKL menganjurkan kelas mengaji Al-Quran di Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati. Kelas bermula dari jam 7.00 malam hingga 8.30 malam dan diadakan setiap hari Selasa dan Khamis. Kelas mengaji ini dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 sebulan. Sekiranya berminat, bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Helmy di talian 019-3069446.





~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Cikgu Fazidah binti Kamaruddin~


Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada salah seorang guru penggerak utama SKTMKL iaitu Cikgu Fazidah bt Kamaruddin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum di SK Jalan Air Panas, KL berkuatkuasa 15 Oktober 2015. Beliau yang bertugas sebagai Ketua Guru Disiplin di SK Taman Melati telah memulakan tugas sebagai guru akademik biasa di sekolah ini sejak 8 tahun lalu (2007).

Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Fazidah binti Kamaruddin dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.