Tuesday, August 7, 2018

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Cara Membuat Rayuan Penempatan Tahun 1/2019 (Ilustrasi Bergambar)

-Sila rujuk gambar yang disediakan-

Semoga memudahkan.






Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Cara membuat pengesahan penempatan bagi Pendaftaran Murid-murid Tahun 1/2019. (Ilustrasi bergambar)
-Sila rujuk gambar yang disediakan-
Semoga memudahkan.



Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Panduan bagi ibubapa yang mendaftar anak bagi Pendaftaran Tahun 1/2019 melalui atas talian (online) dalam SPAT KPM :
1. Keputusan bagi penempatan Tahun 1/2019 adalah pada 1 Ogos 2018 melalui sistem SPAT KPM - https://public.moe.gov.my
2. Tindakan ibubapa adalah membuat pengesahan secara atas talian (online) dalam tempoh yang diberikan iaitu dari 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018.
3. Sila cetak surat pengesahan penempatan dari SPAT KPM dan bawa bersama surat beranak asli (original) untuk disahkan oleh pihak sekolah.
4. Rayuan boleh dibuat melalui sistem online (dalam akaun yang didaftarkan) dan perlu membuat pengesahan terlebih dahulu dan hantar salinan surat pengesahan dan rayuan kepada pihak sekolah yang ditempatkan. Tempoh rayuan adalah dari 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018.
5. Keputusan bagi pendaftaran lewat adalah pada November 2018.
6. Pendaftaran Murid tahun 1/2019 akan dibuka sehingga 1 Disember 2018 dan hanya boleh diisi melalui SPAT KPM sahaja.
7. Bagi Pendaftaran Murid Tahun 1/2020 akan dibuka sehingga tahun hadapan. (tarikh akan dimaklumkan kemudian)

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru~

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru~
Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada 4 orang guru SK Taman Melati yang telah bertukar berkuatkuasa pada 11 Jun 2018 lalu iaitu :
Ustaz Zainul Abidin bin Zakaria - SK Lata Rek, Kelantan 
En. Muhammad Faiz bin Isahak - SK Jalan Sungai Besi 1, KL
Pn. Siti Rabeah binti Isa - SK Mengabang Telipot, Terengganu
Ustazah Suriani bt Zakaria - SK Marian Convent, KL
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru yang dapat berpindah dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Pemberitahuan Mesra SKTMS



Pemberitahuan Mesra SKTMSKL

Keputusan Kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dibuka mulai 5 Ogos 2018 melalui sistem :
Sekian, Harap maklum.

Penerimaan Sumbangan Ikhlas untuk Anak-anak yatim SK Taman Melati

Pihak kami amat berterima kasih kepada sumbangan yang dihulurkan oleh ahli jawatankuasa Surau PV8, Melati Utama yang amat bermurah hati memberi sumbangan sebanyak RM1500.00 untuk diberikan kepada anak-anak yatim di SK Taman Melati bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ibu bapa / orang persendirian / organisasi dalam menjayakan program-program yang dirancang untuk murid-murid SKTMKL.