Sunday, October 19, 2014

Orientasi tahun 1 sesi 2015

Orientasi Tahun 1 sesi 2015 SK Taman Melati

Tarikh : 30 Oktober 2014
Hari    : Khamis
Masa  : 8.00pagi
Tempat : Lobi SK Taman Melati (pendaftaran)

* Sila lengkapkan borang maklumat yang diberi dan sediakan dokument yang diperlukan*
* Buku rekod kesihatan dan kad gigi akan diberi*
* Bagi yang menempah nametag sila bawa bersama resit tempahan*


Happy Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Daripada kami warga SK Taman Melati


Sekolah akan bercuti sempena perayaan Deepavali mulai 22/10/2014 sehingga 26/10/2014.

Thursday, October 16, 2014

PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU SPBT KEGUNAAN 2014/2015

Kepada semua ibu bapa/penjaga SK Taman Melati

Sebagai makluman awal, Proses pemulangan buku SPBT 2014 dan pengambilan buku SPBT 2015 akan dijalankan seperti berikut.

29/10/2014- Rabu
Pemulangan buku buku tahun 1 dan tahun 3

31/10/1014 -Jumaat
Pemulangan buku tahun 6 dan tahun 4

3/11/2014- Isnin
Pemulangan buku  tahun 5
Pengambilan buku - 2015
(Tahun 6 - 2015)
(Tahun 4 - 2015)

5/11/2014 - Rabu
Pemulangan buku  tahun 2
Pengambilan buku - 2015
(Tahun 3 - 2015)
(Tahun 2 - 2015)

2/1/2015-Jumaat
Pengambilan buku tahun 5-2015 bermula jam 9.00 pagi

Catatan.
Bagi tahap 1

  1. Buku SPBT Aktiviti yang hilang diganti dalam bentuk WANG
  2. Buku Teks SPBT yang rosak dan hilang ganti dengan buku
  3. Buku Aktiviti Pendidikan Islam diasingkan dari ikatan
  4. Bayaran Pembalut buku Tahun 1&2 (2014( RM8)
Tahap 2
  1. Tahun 4 dan 6 : Nuku yang rosak dan hilang perlu diganti dengan BUKU SAHAJA
  2. Tahun 5:
    • Buku yang rosak dan hilang perlu diganti dengan WANG kerana buku tersebut tahun akhir penggunaan
    • Buku pendidikan islam diasingkan dari ikatan
    • Bayaran pembalut buku tahun 4(2014) RM 16
Pembalut buku
  1. Semua murid WAJIB MEMBALUT buku - buku teks yang akan dipulangkan.
  2. Bagi kegunaan 2015:
    • Bayaran pembalut buku Tahun 1&2(2014) : RM8
    • Bayaran Pembalut buku Tahun 4(2014) : RM16
    • Bayaran perlu dibuat pada 21 dan 22 Oktober 2014




*Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat edaran*

Friday, October 3, 2014

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha
Salam Aidiladha kepada semua Umat Islam. Aidiladha akan disambut pada 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014 (Ahad) .  Sekolah akan bercuti pada 6 Oktober 2014 (Isnin) dan bersekolah seperti biasa pada 7 Oktober 2014 (Selasa).


Thursday, October 2, 2014

PERKHEMAHAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TAMAN MELATI

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan perkhemahan unit beruniform bagi tahun 2014. Bagi yang berminat boleh mendapatkan borang pada Pn. Shalina sebelum 24 Oktober 2014. Perkhemahan ini hanya melibatkan murid tahap 2 sahaja. 

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 1, 2014

TARIKH PEPERIKSAAN DAN CUTI SEKOLAH

Semua Ibu/bapa/penjaga murid SK Taman Melati KL

Pemberitahuan Tarikh Peperiksaan dan Cuti Sekolah 2014 .
Untuk butiran sila klik link dibawah

Surat Siaran
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun