Wednesday, March 23, 2016

Kenyataan Media KPM tentang pengoperasian sekolah semasa Fenomena El Nino dan Gelombang Haba


Makluman Mesra SKTMKL

Untuk makluman ibu bapa murid-murid SKTMKL, Acara Sukan Tahunan SKTMKL Tahun 2016 yang dijadualkan diadakan pada 26 Mac 2016 akan dipinda ke 24 September 2016 kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Sekian, Harap maklum

Laman Facebook Surau Ar-Raudhah, SKTMKL sudah beroperasi.

Alhamdulillah..Surau ar-Raudhah, SKTMKL sudah maju setapak ke hadapan dengan mempunyai laman FB sendiri..Sebarang pengumuman dan aktiviti Surau Ar-Raudhah akan dimuat naik di laman FB berkenaan..

Monday, March 14, 2016

Penguatkuasaan Kawasan Drop Zone di SK Taman Melati.

Pihak sekolah telah pun menetapkan tempat untuk menurunkan dan mengambil pelajar adalah di kawasan hadapan SK Taman Melati. Penguatkuasaan kawasan Drop Zone ini bertujuan untuk melancarkan lalulintas pada awal pagi dan tengahari iaitu semasa ibu bapa menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah. Selain itu, penguatkuasaan Drop Zone ini memudahkan ibu bapa menurun dan mengambil anak mereka dengan lebih selamat berbanding di tempat lain sebelum ini.
Diharapkan agar ibu bapa dapat menggunakan laluan ini sebagai laluan utama semasa menurunkan dan mengambil anak mereka sebelum dan selepas waktu persekolahan





Sunday, March 13, 2016

Lawatan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ke SK Taman Melati

Lawatan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ke SK Taman Melati
Pada 9 Mac 2016 lalu, pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke SK Taman Melati. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah JKJR WPKL, Puan Subashini Jane a/p Anthony Muthu. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau persiapan SK Taman Melati dalam persiapan menghadapi Pertandingan Kelab Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Taklimat persiapan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum SKTMKL, En. Shamsurri bin Salleh. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan, pihak JKJR amat berpuas hati dengan persiapan SKTMKL dalam menghadapi pertandingan tersebut. Lawatan berakhir pada jam 12:00 tengah hari.









Thursday, March 10, 2016

Pemasangan Papan Tanda Surau Ar Raudhah, SKTMKL

Baru-baru ini Surau Ar-Raudhah, SKTMKL telah menerima sumbangan berbentuk papan tanda di bahagian hadapan Surau Ar-Raudhah, SKTMKL. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Ihsan Rakyat atas sumbangan ini dan semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu usaha pihak kami dalam menyemarakkan syiar Islam terutamanya kepada murid-murid beragama Islam di SKTMKL. 



Monday, March 7, 2016

Penerimaan Sumbangan Ikhlas untuk Pemenang Program NILAM Tahun 2016.

Pihak kami amat berterima kasih kepada sumbangan yang dihulurkan oleh En. Muhamad Azrul bin Abd Rahman yang bermurah hati menyumbangkan 2 unit basikal baharu untuk diserah kepada pemenang Program NILAM Tahun 2016. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ibu bapa dalam menjayakan program-program yang dirancang untuk murid-murid SKTMKL.