Thursday, February 16, 2017

Lawatan Penanda Aras PPD Bachok ke SK Taman Melati

Pada 8 Februari 2017, seramai 5 orang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok dan 31 orang guru LINUS sekolah-sekolah daerah Bachok, Kelantan diketuai oleh Cik Zurnaini bt Mohd Yusoff telah membuat lawatan ke SK Taman Melati. Lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta mewujudkan kerjasama (mutual understanding) antara SK Taman Melati dan PPD Bachok. Turut hadir YDP PIBG SK Taman Melati, Dato Amran bin Mat Nor, Pegawai SIP+ PPW Keramat, Dr Nor Izah bt Mohd Salleh dan Pegawai Perhubungan Sekolah PPW Keramat, En. Abing bin Haji Sabang dan pegawai-pegawai FasiLINUS PPW Keramat.
Mereka telah dibawa melawat ke Bilik Mesyuarat untuk diberi taklimat dan penerangan umum berkenaan SK Taman Melati dan Program LINUS di SK Taman Melati. Kemudian, mereka dibawa melawat ke kelas-kelas Tahun 1 SK Taman Melati, Bilik BOSS SPBT dan Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati.
Di akhir lawatan ini Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun dan Pegawai FasiLINUS PPD Bachok, Cik Zurnaini bt Mohd Yusoff telah menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak dalam menjayakan perkongsian ilmu dan pengalaman di masa akan datang.
Semoga dengan kehadiran pegawai dan guru-guru LINUS PPD Bachok ke SK Taman Melati dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman guru-guru dalam meningkatkan prestasi murid-murid di SK Taman Melati.
Majlis berakhir pada jam 12:00 tengah hari.













No comments:

Post a Comment