Wednesday, August 27, 2014

MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN KARNIVAL CERGASTHON MSKPPWPKL 2014

23 Ogos 2014, Sabtu - SK Taman Melati telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Penutupan Rasmi dan Karnival Cergasthon MSKPPWPKL 2014. Perasmian penutupan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis ini juga turut dihadiri Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  Datin Nawal binti Salleh dan Timbalan Pengarah Encik Tajuddin bin Mohamad Mor.


Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah :
    • Pertandingan Grafitti
    • Paintball
    • Rumah hantu
    • Mini Zoo
    • Paddling Boat
    • Water Ball
    • Karaoke
    • Gerai Jualan




Pelbagai aktiviti di karnival Cergasthon
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis dan karnival Cergasthon ini. Pihak sekolah  mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor kerana sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis penutupan Cergasthon. Juga tidak dilupakan kepada Datin Nawal dan Encik Tajuddin yang turut bersama turun padang bagi menjayakan karnival Cergasthon ini.


No comments:

Post a Comment