Tuesday, October 30, 2018

Program Pemantapan Ibadah @ SK Taman Melati anjuran Panitia Pendidikan Islam

Pada 26 dan 27 Oktober 2018 lalu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Melati dengan kerjasama Caliph Soul Consultant telah menganjurkan Kem Pemantapan Ibadah bertempat di SK Taman Melati. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang ibadah-ibadah seharian termasuklah tatacara bersolat dengan betul, tatacara menyembelih haiwan (dalam program ini haiwan yang disembelih adalah ayam), doa-doa amalan harian serta program ibadah-ibadah wajib dan sunat lainnya. Program ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun sebagai tetamu kehormat dalam program ini.
Antara program yang menarik yang dibuat adalah seperti Aktiviti Riadhah Bermodul, Program Qiamulail, Aktiviti Explorace Mega Ibadah serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kelihatan murid-murid yang terlibat begitu teruja dan bersemangat sepanjang program ini berlangsung kerana mendapat pendedahan baru serta dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekolah mereka.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam, AJK guru lain yang terlibat serta jutaan terima kasih kepada Caliph Soul Consultant atas komitmen yang diberikan. Semoga dengan adanya program seperti ini dianjurkan dapat memantapkan amal ibadah di kalangan murid-murid-murid SK Taman Melati.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Dibawah ada disediakan video serta gambar sepanjang program tersebut dijalankan.
Kredit : Ustazah Rayyan Halim













No comments:

Post a Comment