Tuesday, October 30, 2018

Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati

Pada 18 Oktober 2018, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati di Dewan Gemilang, SK Taman Melati. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Taman Melati yang cemerlang dari segi sikap,sahsiah dan tauladan yang boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPW Keramat, En. Abing bin Haji Sabang sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini.
Selesai rehat Tahap 1 dan Tahap 2, Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati diadakan di dewan yang sama. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid SK Taman Melati yang merupakan bakal pewaris negara kita di masa akan datang. Sambutan Hari Kanak-kanak juga dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan pelawak terkemuka negara, Kumpulan Zero. Pelbagai lawak jenaka tetapi berisi sarat dengan nasihat telah disampaikan kepada murid-murid SK Taman Melati. Kelihatan murid-murid SK Taman Melati begitu seronok dan teruja dengan kehadiran mereka. Sedutan video murid-murid SK Taman Melati bersama kumpulan Zero turut disertakan.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak ini berakhir jam 1:00 petang.
Kredit gambar dan video: Ustazah Rayyan Halim dan Cikgu Zarina Zainuddin






No comments:

Post a Comment