Tuesday, January 1, 2019

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya@ SK Taman Melati

Pada 1 November 2018 lalu, SK Taman Melati telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya. Kejohanan ini adalah kemuncak bagi Program Celik Nutrisi yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Cawangan Permakanan). JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan Jabatan Pertanian WPKL.
Fokus utama program ini adalah bagi memerangi gejala obesiti di kalangan murid-murid sekolah dan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekolah tentang pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam program yang bermula dari bulan Mac 2018 ini terdapat beberapa aktiviti seperti Dapur Cilik, Kebun Cilik, Kembara RM3.00, senaman bersama ahli fisioterapi serta latihan bola jaring dan futsal. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah di bawah pengawasan 3 orang pegawai Sains Pemakanan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menghantar kontinjen seramai 57 orang dan mendapat kejayaan yang membanggakan iaitu :
1. SK Taman Melati telah menjadi sekolah terbaik bagi Program Celik Nutrisi 2018.
2. Pasukan Bola Jaring SK Taman Melati telah berjaya menjadi Johan dalam kejohanan ini.
3. Seorang murid SK Taman Melati iaitu adik Adlis Qaireena bt Badrulhisham telah berjaya menjadi peserta terbaik Program Celik Nutrisi 2018 apabila mencatat penurunan BMI (Body Mass Index) terbanyak.
Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.











No comments:

Post a Comment