Sunday, September 30, 2018

Projek Rintis Penyediaan Bangku Oleh Pihak Sekolah Semasa Perhimpunan Sekolah.

Pada 1 Oktober 2018, pihak SK Taman Melati dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan projek rintis bagi penggunaan bangku semasa perhimpunan sekolah. Tujuan projek rintis ini diadakan adalah untuk memberi keselesaan kepada murid-murid SK Taman Melati di samping menjaga kebersihan murid semasa di tapak perhimpunan.
Projek rintis ini dimulakan dengan murid-murid Tahun 1 dan prasekolah SK Taman Melati dan akan disusuli dengan semua murid pada sesi perhimpunan akan datang. Semoga dengan penyediaan bangku kepada murid-murid SK Taman Melati semasa sesi perhimpunan oleh pihak sekolah dapat memberi sedikit sebanyak keselesaan dan kebersihan kepada murid-murid SK Taman Melati.

1 comment: