Thursday, September 13, 2018

PROGRAM LAWATAN PENANDARASAAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK , KEDAH.

Baru – baru ini Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Kedah bagi meninjau dan menyaksikan sendiri proses pembelajaran abad 21 dan kearah transformasi 25.
Lawatan yang diketuai oleh Che Zainudin Bin Che Mohamad selaku Guru Besar bersama-sama barisan pentadbirnya yang terdiri daripada En Abd Karim bin Hat selaku GPK tadbir dan kurikulum, Pn Hayati Binti Aziz selaku GPK Hal Ehwal Murid(HEM) dan Pn siti Nor Khartini Binti Ishak selaku GPK Pendidikan Khas serta lima puluh enam orang guru disambut mesra oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati dengan diiringi paluan kompang serta tarian sambut tamu oleh anak-anak pelajar SKTM.
Dalam kunjungan tersebut pentadbir serta guru-guru dari SK Bandar Baru Sintok,Kedah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah, bagi menyaksikan sendiri secara lebih dekat proses transformasi dan pdpc abad 21 yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati sambil diberikan taklimat secara terperinci oleh guru besar dan guru-guru SK Taman Melati yang terlibah secara langsung dalam penghasilan pdpc tersebut.Pendekatan yang digunakan dalam pdpc abad 21 SK Taman Melati meliputi keseluruhan kelas dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam pembelajaran abad21 yang terdiri daripada kemahiran maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta kemahiran interpersonal dan arah kendiri.
Antara ciri pembelajaran abad21 yang telah dipertengahkan adalah melalui susun atur kelas yang lebih kondusif dan menyokong pembelajaran bersifat kolaboratif. Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa proses pembelajaran di dalam bilik darjah beberapa tool juga diperkenalkan seperti parking lot,traffic light, hand signal, papan ganjaran,exit tiket, mini whiteboard dan banyak lagi. Pengunaan teknologi juga ICT juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, antara teknologi yang telah digunakan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati Flipped Classroom dan Google Form.
Dalam lawatan kira-kira empat jam itu, mereka kelihatan teruja dan menyifatkan dapat mempelajari sesuatu yang baharu setelah melihat dan mengalami sendiri proses pembelajaran abad21 melalui kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati.
Bagi pihak pentadbir dan warga Sekolah Kebangsaan Taman Melati lawatan sebegini dilihat sangat baik khususnya bagi guru-guru bagi mendapat gambaran sebenar serta ianya juga dapat memberi peluang untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan dalam usaha menjayakan transformasi 25.








No comments:

Post a Comment