Wednesday, September 19, 2018

Thursday, September 13, 2018

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati


Pemberitahuan SK Taman Melati


Kami, warga SK Taman Melati mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Ismail bin Musa, Mantan Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru. Semoga dengan kepimpinan Tuan Pengarah, Kuala Lumpur akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan.

#TahniahTuanPengarah
#SemogaPendidikanKLterusmajujaya

PROGRAM LAWATAN PENANDARASAAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK , KEDAH.

Baru – baru ini Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Kedah bagi meninjau dan menyaksikan sendiri proses pembelajaran abad 21 dan kearah transformasi 25.
Lawatan yang diketuai oleh Che Zainudin Bin Che Mohamad selaku Guru Besar bersama-sama barisan pentadbirnya yang terdiri daripada En Abd Karim bin Hat selaku GPK tadbir dan kurikulum, Pn Hayati Binti Aziz selaku GPK Hal Ehwal Murid(HEM) dan Pn siti Nor Khartini Binti Ishak selaku GPK Pendidikan Khas serta lima puluh enam orang guru disambut mesra oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati dengan diiringi paluan kompang serta tarian sambut tamu oleh anak-anak pelajar SKTM.
Dalam kunjungan tersebut pentadbir serta guru-guru dari SK Bandar Baru Sintok,Kedah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah, bagi menyaksikan sendiri secara lebih dekat proses transformasi dan pdpc abad 21 yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati sambil diberikan taklimat secara terperinci oleh guru besar dan guru-guru SK Taman Melati yang terlibah secara langsung dalam penghasilan pdpc tersebut.Pendekatan yang digunakan dalam pdpc abad 21 SK Taman Melati meliputi keseluruhan kelas dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam pembelajaran abad21 yang terdiri daripada kemahiran maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta kemahiran interpersonal dan arah kendiri.
Antara ciri pembelajaran abad21 yang telah dipertengahkan adalah melalui susun atur kelas yang lebih kondusif dan menyokong pembelajaran bersifat kolaboratif. Bagi menggalakkan penyertaan murid semasa proses pembelajaran di dalam bilik darjah beberapa tool juga diperkenalkan seperti parking lot,traffic light, hand signal, papan ganjaran,exit tiket, mini whiteboard dan banyak lagi. Pengunaan teknologi juga ICT juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, antara teknologi yang telah digunakan di Sekolah Kebangsaan Taman Melati Flipped Classroom dan Google Form.
Dalam lawatan kira-kira empat jam itu, mereka kelihatan teruja dan menyifatkan dapat mempelajari sesuatu yang baharu setelah melihat dan mengalami sendiri proses pembelajaran abad21 melalui kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati.
Bagi pihak pentadbir dan warga Sekolah Kebangsaan Taman Melati lawatan sebegini dilihat sangat baik khususnya bagi guru-guru bagi mendapat gambaran sebenar serta ianya juga dapat memberi peluang untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan dalam usaha menjayakan transformasi 25.








Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah mendapati peratus kehadiran lewat ke sekolah di kalangan murid-murid SK Taman Melati semakin meningkat. Sehubungan itu, bermula September 2018, pihak sekolah akan menguatkuasakan peraturan baru di mana ibu bapa perlu mengisi slip kehadiran murid lewat di pondok pengawal dan menghantar anak sendiri ke pejabat untuk tindakan selanjutnya.
Harap maklum.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Sehubungan dengan kemenangan murid-murid SK Taman Melati mendapat gelaran Naib Johan Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur pada Karnival STEM semalam, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan dedikasi tenaga pengajar 8 orang guru yang bertungkus lumus merealisasikan kejayaan ini iaitu :
Guru Penyelaras STEM : Cikgu Naiemah Sidek
Guru Pembimbing Pertandingan Bercerita STEM.
1. Cikgu Nik Nurfatia - Cerita disampaikan oleh Adik Adam Farish bin Azhar dari kelas 5 Melati Gambir.
Guru Pembimbing Pertandingan Action Song STEM :
1. Cikgu Eresmaa bt Elias (Eres YieeBunn)
2. Cikgu Shahrul Hisyam
3. Cikgu Nur Zawani (Wanie Chan)
4. Cikgu Zarina Zainuddin
5. Cikgu Komathi Sinna Gaundan
6. Cikgu Muhammad Amar Safwan
Dan juga cikgu2 SK Taman Melati yang telah memberi sokongan padu dan tanpa putus terutama sekali para pentadbir seperti Guru PK Kokurikulum Pn Azizah binti Ali yang turut hadir memberi sokongan kepada kontinjen SK Taman Melati. Semoga dengan kejayaan ini, murid-murid SK Taman Melati akan mara dan terus mara menggapai kejayaan di masa akan datang.
Kami di sini amat berbesar hati berkongsi video persembahan murid-murid SK Taman Melati di Pertandingan Karnival STEM tempoh hari di laman blog ini.

Video Persembahan Murid-Murid SK Taman Melati utk Pertandingan STEM 2018.

1. Pertandingan Action Song STEM.

https://www.youtube.com/watch?v=GL5pFZyVR-0

2. Pertandingan Bercerita STEM - Adik Adam Farish bin Azhar (5MG)

https://www.youtube.com/watch?v=P6ksUXrfg4o

Setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen SK Taman Melati ke Pertandingan Karnival STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur di SMK Bandar Tasik Selatan, KL.

Kami sebagai warga SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen SK Taman Melati yang terdiri dari 7 orang guru dan 16 orang murid SK Taman Melati ke Karnival STEM Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur di SMK Bandar Tasik Selatan bermula 14-16 Ogos 2018.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Kamarudin bin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tujuan utama Karnival STEM ini dijalankan adalah untuk melahirkan murid-murid berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi, mengintegrasi konsep STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikan secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan pendekatan secara 'hands-on' dan penerokaan terbuka.
Dalam pertandingan ini, SK Taman Melati telah mendapat tempat kedua dan menjadi Naib Johan dalam kedua-dua acara iaitu Pertandingan Action song dan Pertandingan Bercerita STEM. Majlis Karnival STEM ini berakhir pada jam 4:30 petang. Semoga SKTMS semakin berjaya dan terus berjaya di masa hadapan.