Sunday, January 12, 2020
Layari Portal Rasmi Sekolah Yang Baru..
Pihak sekolah telah mewujudkan sebuah laman web rasmi yang baru mulai tahun 2020. Sila layari sktamanmelati.edu.my untuk info dan maklumat terkini mengenai aktviti-aktiviti sekolah.
Tuesday, January 1, 2019
Program Transisi dan Guru Penyayang di SK Taman Melati bagi tahun 2019.
Pada 2 Januari 2019, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah mengadakan Program Transisi dan Guru Penyayang bagi Tahun 2019. Program ini turut meriah dengan kehadiran 3 orang 'superhero' sebagai pemberi semangat kepada murid-murid SK Taman Melati terutamanya murid-murid Tahun 1 dalam menempuhi alam persekolahan bagi sesi 2019.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu murid-murid tahun 1 menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal dari tadika dan taska ke pendidikan formal di SK Taman Melati. Program ini berlangsung dari 2 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019.
Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati
Untuk pengetahuan ibu bapa yang dihormati, senarai buku tulis untuk sesi persekolahan 2019 boleh didapati di kaunter pejabat mulai hari ini. Kedai buku sekolah akan mula dibuka pada 17 Disember 2018 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang (setiap hari Isnin hingga Sabtu) kecuali hari Ahad dan Cuti Am.
Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya@ SK Taman Melati
Pada 1 November 2018 lalu, SK Taman Melati telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Program Celik Nutrisi 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan & Putrajaya. Kejohanan ini adalah kemuncak bagi Program Celik Nutrisi yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Cawangan Permakanan). JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan Jabatan Pertanian WPKL.
Fokus utama program ini adalah bagi memerangi gejala obesiti di kalangan murid-murid sekolah dan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekolah tentang pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam program yang bermula dari bulan Mac 2018 ini terdapat beberapa aktiviti seperti Dapur Cilik, Kebun Cilik, Kembara RM3.00, senaman bersama ahli fisioterapi serta latihan bola jaring dan futsal. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah di bawah pengawasan 3 orang pegawai Sains Pemakanan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menghantar kontinjen seramai 57 orang dan mendapat kejayaan yang membanggakan iaitu :
1. SK Taman Melati telah menjadi sekolah terbaik bagi Program Celik Nutrisi 2018.
2. Pasukan Bola Jaring SK Taman Melati telah berjaya menjadi Johan dalam kejohanan ini.
3. Seorang murid SK Taman Melati iaitu adik Adlis Qaireena bt Badrulhisham telah berjaya menjadi peserta terbaik Program Celik Nutrisi 2018 apabila mencatat penurunan BMI (Body Mass Index) terbanyak.
2. Pasukan Bola Jaring SK Taman Melati telah berjaya menjadi Johan dalam kejohanan ini.
3. Seorang murid SK Taman Melati iaitu adik Adlis Qaireena bt Badrulhisham telah berjaya menjadi peserta terbaik Program Celik Nutrisi 2018 apabila mencatat penurunan BMI (Body Mass Index) terbanyak.
Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahap 1 di Kejohanan Merentas Desa MSSWPKL Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
Pada 10 November 2018 lalu, Kejohanan Merentas Desa Tahap 1 Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall. Dalam kejohanan ini, murid-murid Tahap 1 (Tahun 1.2 dan 3) terdiri dari 5 kumpulan iaitu :
1. Lelaki Tahun 1 : Tempat ke-12
2. Lelaki Tahun 2 : Tempat ke-9
3. Lelaki Tahun 3 : Tempat ke-6
4. Perempuan Tahun 2 : Tempat ke-14
5. Perempuan Tahun 3 : Tempat ke-6
2. Lelaki Tahun 2 : Tempat ke-9
3. Lelaki Tahun 3 : Tempat ke-6
4. Perempuan Tahun 2 : Tempat ke-14
5. Perempuan Tahun 3 : Tempat ke-6
Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati
Bermula minggu hadapan, SK Taman Melati akan melaksanakan 'QR Code Friendly Environment'. Diminta semua ibubapa memuat turun aplikasi QR Code Reader/Scanner ke dalam perisian Android masing-masing. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play.
Bagi yang menggunakan iOS, Pengimbas Kod QR sudah tersedia di dalam sistem anda. Sekiranya tiada, boleh dimuat turun melalui Apple Store anda.
Tuesday, October 30, 2018
~Selamat datang ke SK Taman Melati Pn.Farina bt Mohd Yahya~
Kami, warga akademik dan pentadbiran SK Taman Melati mengalu-alukan kedatangan Pn. Farina bt Mohd Yahya ke SK Taman Melati sebagai Penolong Kanan Kokurikulum menggantikan Pn.Azizah bt Ali yang telah menjadi Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum SK Taman Melati berkuatkuasa 15 Oktober 2018.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai guru Pendidikan Islam di SK Desa Setapak, Kuala Lumpur. Semoga kehadiran puan dapat memantapkan lagi SK Taman Melati terutamanya dalam bidang kokurikulum.
Sesi Pemulangan Buku Teks Sekolah Tahun 2018
Bermula 25 dan 29 hingga 31 Oktober 2018, pihak SK Taman Melati mengadakan sesi pemulangan buku teks yang dipinjam murid pada awal tahun 2018. Sesi pemulangan buku teks ini diadakan supaya murid-murid SK Taman Melati dapat menggunakan buku teks tersebut dalam keadaan yang baik untuk tahun yang berikutnya di samping dapat melahirkan pelajar yang lebih menghargai buku sebagai sumber ilmu dan perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
Dalam sesi pemulangan buku teks ini, murid bersama guru-guru bertugas membaiki keadaan buku teks yang terkoyak serta dibalut dengan balutan plastik dan seterusnya disimpan mengikut inventori yang ditentukan. Guru-guru bertugas turut dibantu oleh pengawas SPBT bagi melicinkan urusan pemulangan buku teks. Sesi ini akan berakhir dengan sesi pemulangan buku oleh murid-murid Tahun 1 pada 31 Oktober 2018.
Program Pemantapan Ibadah @ SK Taman Melati anjuran Panitia Pendidikan Islam
Pada 26 dan 27 Oktober 2018 lalu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Melati dengan kerjasama Caliph Soul Consultant telah menganjurkan Kem Pemantapan Ibadah bertempat di SK Taman Melati. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang ibadah-ibadah seharian termasuklah tatacara bersolat dengan betul, tatacara menyembelih haiwan (dalam program ini haiwan yang disembelih adalah ayam), doa-doa amalan harian serta program ibadah-ibadah wajib dan sunat lainnya. Program ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun sebagai tetamu kehormat dalam program ini.
Antara program yang menarik yang dibuat adalah seperti Aktiviti Riadhah Bermodul, Program Qiamulail, Aktiviti Explorace Mega Ibadah serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kelihatan murid-murid yang terlibat begitu teruja dan bersemangat sepanjang program ini berlangsung kerana mendapat pendedahan baru serta dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekolah mereka.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam, AJK guru lain yang terlibat serta jutaan terima kasih kepada Caliph Soul Consultant atas komitmen yang diberikan. Semoga dengan adanya program seperti ini dianjurkan dapat memantapkan amal ibadah di kalangan murid-murid-murid SK Taman Melati.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Dibawah ada disediakan video serta gambar sepanjang program tersebut dijalankan.
Kredit : Ustazah Rayyan Halim
~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Encik Yus~
Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum (PK1) SK Taman Melati iaitu Encik Yusizrahisham bin Abdul Latif yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan La Salle Jinjang, Kuala Lumpur sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkuatkuasa 15 Oktober 2018. Beliau telah bertugas di sekolah ini sejak Oktober 2017.
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Yus dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah Encik Yus curahkan dalam mentadbir sekolah dan mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati
Kepada ibu bapa yang ingin mengetahui status pemakaian kasut hitam untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahap 2 di Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
Pada 21 Oktober 2018 lalu, Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall anjuran CAK Sports Academy dan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4.5 dan 6) terdiri dari Team A dan Team B SK Taman Melati telah mendapat johan dan tempat keempat keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































