Pada 19 November 2017 lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang
dan Graduasi Prasekolah di Dewan Gemilang, SK Taman Melati. Majlis
tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Sri Ghazali bin Haji Ibrahim,
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia. Terdapat beberapa
kategori anugerah telah diterima oleh pelajar-pelajar SK Taman Melati
yang cemerlang seperti Penerima Anugerah Terbaik Aliran Tahun 1 hingga 6
dan Penerima Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tahun 1 hingga 6.
Dalam majlis yang sama juga diadakan Majlis Konvokesyen Prasekolah bagi
tahun 2017 dimana 5 anugerah telah diterima oleh murid-murid prasekolah.
Majlis berakhir pada jam 12:30 tengahari.
Sunday, December 3, 2017
Majlis Pengumuman Keputusan UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan Kokurikulum.
Pada 23 November 2017 lalu, telah diadakan Majlis Pengumuman Keputusan
UPSR dan Majlis Perpisahan Puan Jamilah bt Ariffin, PK Tadbir dan
Kokurikulum SK Taman Melati. Dalam majlis pengumuman ini seramai 10
orang murid SK Taman Melati telah mendapat 6A, 3 orang mendapat 5A dan
12 orang murid mendapat 4A. Slip keputusan peperiksaan telah diserahkan
kepada murid-murid melalui guru kelas mereka. Ramai murid-murid yang hadir ke majlis tersebut ditemani oleh ibubapa mereka.
Selepas Majlis Pengumuman UPSR tersebut, pihak sekolah telah mengadakan
majlis perpisahan Pn. Jamilah binti Ariffin, PK Tadbir dan Kurikulum
yang merupakan guru dan penggerak utama Tahun 6 yang akan bertukar
sebagai PK Tadbir dan Kurikulum di SK Desa Setapak setelah berkhidmat di
SK Taman Melati selama hampir 14 tahun sejak tahun 2004.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Jamilah binti Ariffin atas jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau yang sentiasa bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Jamilah binti Ariffin atas jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau yang sentiasa bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Wednesday, August 9, 2017
Tuesday, May 16, 2017
Lawatan Muhibbah Sempena Hari Guru dari Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju
Pihak kami berbesar hati dengan kunjungan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju sempena Hari Guru 2017. Kunjungan ini diketuai oleh Datuk Hamdan bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Dalam lawatan ini, pihak Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju telah memberi cenderamata kepada pihak sekolah. Kami di SK Taman Melati amat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan.
Sunday, May 7, 2017
Tuesday, April 4, 2017
Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang Bersempena Hari Persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati
Pada 31 Mac 2017 lalu, telah diadakan Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang bersempena persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 3 April 2017 merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, SK Taman Melati telah berkhidmat selama hampir 36 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2004.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En.Abdul Rahim bin Jonid, barisan pentadbir, guru-guru serta staf sokongan termasuklah rakan-rakan guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Selamat bersara Pn. Hajah dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























































