Pencapaian

KECEMERLANGAN UPSR 2014

Pada tanggal 26 November 2014 keputusan UPSR telah diumumkan . Alhamdulillah sekolah ini telah menunjukkan pencapaian yang terbaik. Seramai 40 orang murid mendapat 5A. Ini merupakan pencapaian terbaik sekolah. Sekolah juga mendapat tempat ke 3 dalam Zon Keramat.

 




Pertandingan Idola Bintang kecil SKS 2014


Tempat pertama pertandingan idola kecil 2014

Tahniah diucapkan kepada Awangku Zaq Amirul bin Awang Jamaludin kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Idola Kecil SKS 2014. Terima kasih kepada Pn. Nor Aiza binti Yusof yang telah banyak berjasa dalam membimbing beliau sehingga berjaya.


______________________________________________________________________________

Bintang Kecil Peringkat Wilayah Persekutuan 2014

 Bintang Kecil WPKL
       
Video nyanyian Awangku Zaq Amirul


Satu ujibakat untuk memilih bintang kecil Wilayah Persekutuan telah diadakan. Ujibakat tersebut telah disertai oleh Zon Keramat, Zon Pudu, Zon Sentul dan Zon Bangsar. Daripada 281 peserta hanya 10 disenarai pendek untuk memasuki peringkat negeri. Awangku Zaq Amirul bin Awang Jamaludin diantara peserta yang berjaya terpilih ke peringkat negeri. Beliau telah mendapat tempat ke- 3 di peringkat Zon Keramat dan mendapat tempat ke-5  di peringkat negeri. Kejayaan ini telah mendapat bimbingan khas daripada 2 orang guru muzik iaitu Pn. Nor Aiza binti Yusof dan Pn. Hafizah binti Abdullah. Tahniah diucapkan.


_________________________________________________________________________________


Anugerah Guru Inovasi 2014

Pn. Sarimah binti Baharam

Tahniah diucapkan kepada Pn. Sarimah binti Baharam kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan guru Inovasi sempena Hari guru peringkat kebangsaan 2014. Beliau telah memperkenalkan Multiply Clock & Minus Hands Technique.

Multiply Clock - Inovasi ini kan membantu murid menghasilkan dan mengingat jadual sifir dengan mudah, cepat dan menarik.

Minus Hands Technique - Inovasi ini akan membantu murid yang bermasalah dalam menyelesaikan operasi penolakan terutama melibatkan nombor yang lebih kecil hanya menggunakan jari.


Penerimaan Anugerah Guru Inovasi : Pn. Sarimah binti Baharam




1 comment: