Monday, May 9, 2016

Ceramah Sambutan Isra' dan Mi'raj di SK Taman Melati

Pada 6 Mei 2016, pihak SK Taman Melati telah mengadakan sambutan Isra' dan Mi'raj di tapak perhimpunan SK Taman Melati. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dari para pelajar dan para guru SK Taman Melati. Selepas itu, ceramah Sirah Isra' dan Mi'raj telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Disa dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Ceramah ini disampaikan untuk menceritakan sejarah Isra' dan Mi'raj serta implikasinya kepada kehidupan Muslim pada hari ini. Semoga dengan ceramah yang diberikan akan melahirkan generasi murid Muslim SK Taman Melati lebih cemerlang dan berdisiplin di masa depan. 

~Allahumma Solli Aala Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Alihi Sayyidina Muhammad~








No comments:

Post a Comment