Sunday, September 30, 2018

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin UPSR Siri 2/2018

Pada hari Khamis (20 September 2018) lalu telah diadakan Majlis Solat Hajat Siri 2/2018. Majlis ini diadakan sebagai usaha dan ikhtiar terakhir sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada 24 September nanti. Selain itu, dengan adanya majlis seperti ini dapat merapatkan ukhwah antara pihak sekolah, ibu bapa serta murid-murid SKTM.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar, barisan guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar Tahun 6 SKTM. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin beramai-ramai, sedikit taklimat dari Guru Besar, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat berjemaah. Solat Maghrib berjemaah, solat Isyak berjemaah serta solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Mohamad Nazali dan Ustaz Husni bin Ibrahim. 

Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.











Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin UPSR Siri 1/2018

Pada 20 Julai 2018 lalu telah diadakan Majlis Solat Hajat Siri 1/2018. Majlis ini diadakan sebagai usaha dan ikhtiar terakhir sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada 24 September nanti. Selain itu, dengan adanya majlis seperti ini dapat merapatkan hubungan pihak sekolah, ibu bapa serta murid-murid SKTM.
Majlis ini dihadiri oleh penceramah dan pakar motivasi terkemuka, Ustazah Dr Robiah bt Kulop Hamzah serta Imam Kedua Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati iaitu Ustaz Hamzah bin Hussin, Tuan Guru Besar, barisan guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar Tahun 6 SKTM.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin beramai-ramai, sesi tazkirah dari Ustazah Dr Robiah, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat berjemaah. Solat Maghrib berjemaah, solat Isyak berjemaah serta solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Mohamad Nazali dan Ustaz Husni bin Ibrahim. Bacaan Yassin pula diketuai oleh Ustaz Hamzah Hussin.
Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.






Majlis Restu Ilmu Bersempena Peperiksaan UPSR 2018.

Pada 21 September 2018 lalu telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi Tahun 6 sempena Peperiksaan UPSR. Majlis ini diadakan bertujuan untuk merestui segala ilmu yang telah diajarkan kepada murid-murid Tahun 6 SKTM.
Majlis turut dihadiri oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun dan sedikit cendera hati telah diberikan kepada murid-murid Tahun 6 SK Taman Melati yang mendapat 6A, 5A dan 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR yang diadakan baru-baru ini sebagai penyuntik semangat para murid SK Taman Melati supaya sentiasa fokus dan memberi usaha yang terbaik semasa menjawab peperiksaan UPSR nanti.
Di akhir majlis tersebut, murid-murid Tahun 6 SK Taman Melati diberikan kesempatan untuk bersalaman serta memohon ampun dan restu kepada guru-guru mereka. Semoga dengan majlis seumpama ini diadakan diharap dapat memudahkan murid-murid SK Taman Melati dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.











Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Jadual Waktu UPSR Tahun 2018.




Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati

Untuk pengetahuan ibu bapa murid-murid SK Taman Melati, peperiksaan UPSR akan diadakan bermula 20, 24 hingga 27 September 2018.
Mari kita bersama-sama mendoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan UPSR 2018 nanti.



Wednesday, September 19, 2018