Wednesday, August 9, 2017
Tuesday, May 16, 2017
Lawatan Muhibbah Sempena Hari Guru dari Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju
Pihak kami berbesar hati dengan kunjungan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju sempena Hari Guru 2017. Kunjungan ini diketuai oleh Datuk Hamdan bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Dalam lawatan ini, pihak Biro Pendidikan UMNO Bahagian Wangsa Maju telah memberi cenderamata kepada pihak sekolah. Kami di SK Taman Melati amat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan.
Sunday, May 7, 2017
Tuesday, April 4, 2017
Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang Bersempena Hari Persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati
Pada 31 Mac 2017 lalu, telah diadakan Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang bersempena persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 3 April 2017 merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, SK Taman Melati telah berkhidmat selama hampir 36 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2004.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En.Abdul Rahim bin Jonid, barisan pentadbir, guru-guru serta staf sokongan termasuklah rakan-rakan guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Selamat bersara Pn. Hajah dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.
Thursday, February 16, 2017
~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Ustaz Helmy~
Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada salah seorang guru penggerak utama Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati iaitu Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib yang telah bertukar ke Unit Pengurusan Akademik, PPW Keramat dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Wilayah Pendidikan Islam berkuatkuasa 16 Januari 2017. Beliau yang bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Taman Melati telah memulakan tugas sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah ini sejak 2010.
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Helmy dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























