Tuesday, April 4, 2017

Pemberitahuan Mesra SKTMSKL


Semua ibu bapa warga SK Taman Melati adalah dijemput hadir.

Harap maklum

Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang Bersempena Hari Persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati

Pada 31 Mac 2017 lalu, telah diadakan Majlis Persaraan dan Majlis Makan Malam Semarak Kasih, Sejambak Sayang bersempena persaraan Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof, PK HEM SK Taman Melati. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 3 April 2017 merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, SK Taman Melati telah berkhidmat selama hampir 36 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2004.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En.Abdul Rahim bin Jonid, barisan pentadbir, guru-guru serta staf sokongan termasuklah rakan-rakan guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Pn. Hajah Jamaliah bt Mohd Yusof yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.
Selamat bersara Pn. Hajah dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.


















Thursday, February 16, 2017

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru Ustaz Helmy~

Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada salah seorang guru penggerak utama Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati iaitu Ustaz Mohd Helmy bin Abdul Najib yang telah bertukar ke Unit Pengurusan Akademik, PPW Keramat dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Wilayah Pendidikan Islam berkuatkuasa 16 Januari 2017. Beliau yang bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Taman Melati telah memulakan tugas sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah ini sejak 2010.
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Helmy dan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.







Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati



Majlis Makan Malam dan Majlis Jasamu Dikenang Baktimu Dijulang Bersempena Hari Persaraan Pn. Chong Lai Hoi

Pada 24 dan 25 Januari 2017 lalu, SK Taman Melati telah diadakan Majlis Makan Malam dan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dijulang bagi meraikan persaraan seorang guru senior di SK Taman Melati iaitu Pn. Chong Lai Hoi. Beliau yang telah menamatkan perkhidmatan pada 25 Januari 2017 merupakan guru Matematik Tahun 6 telah berkhidmat selama 37 tahun dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SK Taman Melati sejak tahun 2006.
Turut meraikan majlis ini ialah suami tercinta, En. Chua Chee Tiong, barisan pentadbir, guru-guru serta staf termasuklah rakan-rakan guru yang pernah berkhidmat di SK Taman Melati satu ketika dahulu. Kami di SK Taman Melati mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh Cikgu Chong Lai Hoi dalam mendidik anak bangsa di SK Taman Melati.

Selamat bersara dan semoga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta.


























Program Jom Ke Sekolah Peringkat SK Taman Melati






Pada 6 Februari 2017, pihak SK Taman Melati dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Wangsa Maju telah mengadakan Program Jom Ke Sekolah. Program ini adalah sebahagian daripada program Jom Ke Sekolah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Seramai dua orang pegawai polis telah hadir dalam program ini.
Program bermula jam 7:30 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah. Program dimulai dengan bacaan doa dari Ustaz Husni bin Ibrahim. Selepas itu, bacaan ikrar Program Jom ke Sekolah dari ketua pengawas SKTMSKL. Selepas itu, ucapan Ketua Polis Negara untuk Program Jom ke Sekolah telah dibaca oleh Koperal Wan Bazlin bin Wan Omar selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Selepas bacaan ucapan itu, majlis pelancaran telah diadakan di mana program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Melati, En. Mohd Sadli bin Harun.
Majlis tamat pada jam 9:00 pagi.