Monday, May 9, 2016

Ceramah Keselamatan Bersempena Minggu 3K oleh IPK Kuala Lumpur

Pada 29 April 2016 lalu, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama SK Taman Melati telah mengadakan Ceramah Keselamatan Bersempena Minggu 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Ceramah keselamatan ini bertajuk Penglibatan Pelajar Dalam Jenayah Dan Gangsterisme serta disampaikan oleh Timbalan Penguasa Polis (DSP) Bala Subramaniam K. Suppiah dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Kuala Lumpur.

Ceramah ini disampaikan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar SK Taman Melati tentang bahayanya jenayah gangsterisme dan buli di kalangan murid sekolah terutamanya murid sekolah rendah. Diharapkan adanya ceramah ini, kesedaran murid-murid SK Taman Melati tentang bahayanya gangsterisme akan meningkat dari masa ke semasa.











Karnival Seni PPDa Peringkat Zon Keramat di SK Kementah

Pada 23 April 2016 lalu, telah diadakan Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Zon Keramat bertempat di SK Kementah, Kuala Lumpur. Dalam pertandingan ini, pihak SK Taman Melati telah menjadi johan dalam Pertandingan Melukis Poster melalui adik Nor Liza Elis bt Nawasi. Manakala dalam Kategori Mendeklamasikan Sajak, SK Taman Melati mendapat hadiah saguhati melalui adik Addlyyn Alissa bt Addyly Faisal. Turut mengiringi adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Hajjah Jamaliah bt Mohd Yusof bersama dua orang guru pengiring iaitu Puan Rozila bt Abdul Rahman dan Puan Nur Zawani bt Rashid. 
Untuk pengetahuan semua, SK Taman Melati telah memecah rekod buat pertama kalinya kerana dapat menempatkan diri ke dalam pertandingan yang melibatkan PPDa. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pertandingan ini.





Antara wajah-wajah kejayaan SK Taman Melati..Tahniah diucapkan..






Wednesday, March 23, 2016

Kenyataan Media KPM tentang pengoperasian sekolah semasa Fenomena El Nino dan Gelombang Haba


Makluman Mesra SKTMKL

Untuk makluman ibu bapa murid-murid SKTMKL, Acara Sukan Tahunan SKTMKL Tahun 2016 yang dijadualkan diadakan pada 26 Mac 2016 akan dipinda ke 24 September 2016 kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Sekian, Harap maklum

Laman Facebook Surau Ar-Raudhah, SKTMKL sudah beroperasi.

Alhamdulillah..Surau ar-Raudhah, SKTMKL sudah maju setapak ke hadapan dengan mempunyai laman FB sendiri..Sebarang pengumuman dan aktiviti Surau Ar-Raudhah akan dimuat naik di laman FB berkenaan..

Monday, March 14, 2016

Penguatkuasaan Kawasan Drop Zone di SK Taman Melati.

Pihak sekolah telah pun menetapkan tempat untuk menurunkan dan mengambil pelajar adalah di kawasan hadapan SK Taman Melati. Penguatkuasaan kawasan Drop Zone ini bertujuan untuk melancarkan lalulintas pada awal pagi dan tengahari iaitu semasa ibu bapa menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah. Selain itu, penguatkuasaan Drop Zone ini memudahkan ibu bapa menurun dan mengambil anak mereka dengan lebih selamat berbanding di tempat lain sebelum ini.
Diharapkan agar ibu bapa dapat menggunakan laluan ini sebagai laluan utama semasa menurunkan dan mengambil anak mereka sebelum dan selepas waktu persekolahan