Wednesday, February 24, 2016

Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2016

Pada 24 Februari 2016 telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2016 kepada ibu bapa dan penjaga yang layak. Majlis bermula pada jam 10:30 pagi dan diadakan Bilik Urusetia SKTMKL. Seramai 6 orang guru penyelaras Tahun 1 hingga 6 terlibat dalam majlis penyerahan ini. Majlis berakhir pada jam 1:00 tengahari.







Makluman Mesra SKTMKL

Sebarang aktiviti yang melibatkan ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan serta badan beruniform yang diadakan setiap hari Rabu akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak kerana memberi laluan kepada aktiviti rumah sukan dan latihan rumah sukan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan SKTMKL 2016.
Harap maklum.

Monday, February 22, 2016

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Semua ibu dan bapa serta penjaga murid-murid SKTMKL adalah dijemput hadir..
                               

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia sebanyak RM100 seorang kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di kalangan isi rumah berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah.
Butiran lanjut bolehlah rujuk pada lampiran di bawah ini.
Terima kasih.

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Pendaftaran Penempatan Kanak-Kanak Warganegara Ke Tahun Satu Secara Online Menggunakan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Sesi Persekolahan 2017 dan 2018

Pendaftaran :
Sesi Pertama : 1 Mac 2016 - 28 April 2016 (Pendaftaran Biasa)

Sesi Kedua : 2 Mei 2016 - 31 Disember 2016 (Pendaftaran Lewat)

Masa : Isnin - Jumaat (8:00 pagi - 4:00 petang)

Tempat : Pejabat SKTMKL Perhatian kepada ibu dan bapa / penjaga :

Kelahiran pada : 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 (Sesi Persekolahan 2017)

2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 (Sesi Persekolahan 2018)

Sila bawa bersama : a. Sijil Lahir Asal berserta salinan (1 keping).
b. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat tinggal)
c. Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga.
d. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 X 9 (115 cm X 245 cm)
e. Setem 80 sen.

Sekian, Harap maklum

Makluman Mesra SKTMKL

Jadual Ujian Intervensi Tahun 6 2016.
Dilampirkan di bawah adalah jadual waktu ujian berkenaan untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, terima kasih.



Makluman Mesra SKTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Ujian 1 tahun 2016 untuk Tahun 4 dan 5 pada 8-10 Mac 2016. Butiran selanjutnya sila rujuk pada lampiran di bawah.
Sekian, terima kasih.