Tuesday, April 29, 2014

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Pemberitahuan Sempena Tahun Baru Cina

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina pada 8/2/2016 - 12/2/2016. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat pemberitahuan yang sudah dilampirkan di bawah.

Untuk makluman ibu bapa, surat pemberitahuan akan diberikan kepada murid-murid bermula hari ini.

Sekian, Harap maklum.






TARIKH DAN JADUAL PKSR 1 2014

Kepada semua ibu bapa dan penjaga SK Taman Melati.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan  Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) bagi tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

15 Mei - 21 Mei 2014 - Tahap 1
14 Mei - 21 Mei 2014 - Tahap 2

Sehubungan dengan itu , adalah diharapkan pihak ibu bapa atau penjaga murid dapat memastikan anak- anak tuan/puan dapat menghadiri peperiksaan tersebut pada masa yang ditetapkan.

Sunday, April 20, 2014

Pertukaran setara GPK KOKO

Salam perpisahan kepada En. Mohd Suhaili GPK KOKO SK Taman Melati yang telah bertukar ke SK Setapak Indah atas dasar pertukaran setara berkuatkuasa 15 April 2014. Terima kasih kepada beliau yang telah banyak berjasa selama beliau berada di SK Taman Melati. Jasa beliau tidak akan dilupakan.  


En. Mohd Suhaili akan digantikan oleh En. Shamsurri dari SK Taman Seri Rampai sebagai GPK KOKO SK Taman Melati. Selamat datang dan selamat bertugas di SK Taman Melati.

Monday, March 31, 2014

Pendaftaran Prasekolah

Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah bagi tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2014 sehingga 31 Julai 2014. Borang permohonan boleh di ambil di pejabat sekolah.

Wednesday, March 19, 2014

Kem Bestari Solat Murid Tahun 4, 5 dan 6


Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama 2014 untuk semua murid Tahap 2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2 April 2014
Hari    : Rabu
Masa  : 1.30 - 5.00 petang
Alatan yang perlu dibawa :Telekung, Selipar dan Beg Plastik

Pihak sekolah tidak menyediakan makanan dan minuman . Kantin akan dibuka sehingga petang. Sila beri perbelanjaan yang secukupnya untuk anak anda. Kehadiran adalah WAJIB.

Sekian.

Monday, March 10, 2014

Kem Bestari Solat Murid Tahun 1 , 2 & 3

Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Kem Bestari Solat kali pertama 2014 untuk semua murid Tahap 1 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Mac 2014
Hari    : Rabu
Masa  : 1.00 - 5.00 petang
Alatan yang perlu dibawa :Telekung, Selipar dan Beg Plastik

Pihak sekolah tidak menyediakan makanan dan minuman . Kantin akan dibuka sehingga petang. Sila beri perbelanjaan yang secukupnya untuk anak anda. Kehadiran adalah WAJIB.

Sekian.

Wednesday, March 5, 2014

ID VLE FROG

Kepada semua pelajar SK Taman Melati, yang ingin mendapatkan ID VLE Frog sila beri no IC dan nama dan hantar email ke wba0090@gmail.com.

sekian terima kasih.