Tuesday, August 7, 2018

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru~

~Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru~
Kami, warga kerja SK Taman Melati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada 4 orang guru SK Taman Melati yang telah bertukar berkuatkuasa pada 11 Jun 2018 lalu iaitu :
Ustaz Zainul Abidin bin Zakaria - SK Lata Rek, Kelantan 
En. Muhammad Faiz bin Isahak - SK Jalan Sungai Besi 1, KL
Pn. Siti Rabeah binti Isa - SK Mengabang Telipot, Terengganu
Ustazah Suriani bt Zakaria - SK Marian Convent, KL
Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru yang dapat berpindah dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga atas dedikasi dan komitmen yang telah anda curahkan dalam mendidik anak bangsa sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Pemberitahuan Mesra SKTMS



Pemberitahuan Mesra SKTMSKL

Keputusan Kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dibuka mulai 5 Ogos 2018 melalui sistem :
Sekian, Harap maklum.

Penerimaan Sumbangan Ikhlas untuk Anak-anak yatim SK Taman Melati

Pihak kami amat berterima kasih kepada sumbangan yang dihulurkan oleh ahli jawatankuasa Surau PV8, Melati Utama yang amat bermurah hati memberi sumbangan sebanyak RM1500.00 untuk diberikan kepada anak-anak yatim di SK Taman Melati bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ibu bapa / orang persendirian / organisasi dalam menjayakan program-program yang dirancang untuk murid-murid SKTMKL.



Tuesday, December 12, 2017

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati.

Bagi ibubapa yang berminat membeli baju dan seluar sukan sekolah...segala urusan pembelian akan diberitahu kemudian..
Harap maklum.

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati.

Pendaftaran Tahun 1 bagi tahun 2019 sudah dibuka sejak 1 Mac 2017 di dalam Modul Pendaftaran Murid - Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) di https://public.moe.gov.my
Makumkan juga kepada saudara-mara, sahabat handai tentang pendaftaran Tahun Satu bagi Tahun 2019..

Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati