Monday, February 22, 2016

Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Pendaftaran Penempatan Kanak-Kanak Warganegara Ke Tahun Satu Secara Online Menggunakan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Sesi Persekolahan 2017 dan 2018

Pendaftaran :
Sesi Pertama : 1 Mac 2016 - 28 April 2016 (Pendaftaran Biasa)

Sesi Kedua : 2 Mei 2016 - 31 Disember 2016 (Pendaftaran Lewat)

Masa : Isnin - Jumaat (8:00 pagi - 4:00 petang)

Tempat : Pejabat SKTMKL Perhatian kepada ibu dan bapa / penjaga :

Kelahiran pada : 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 (Sesi Persekolahan 2017)

2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 (Sesi Persekolahan 2018)

Sila bawa bersama : a. Sijil Lahir Asal berserta salinan (1 keping).
b. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat tinggal)
c. Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga.
d. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 X 9 (115 cm X 245 cm)
e. Setem 80 sen.

Sekian, Harap maklum

Makluman Mesra SKTMKL

Jadual Ujian Intervensi Tahun 6 2016.
Dilampirkan di bawah adalah jadual waktu ujian berkenaan untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, terima kasih.



Makluman Mesra SKTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Ujian 1 tahun 2016 untuk Tahun 4 dan 5 pada 8-10 Mac 2016. Butiran selanjutnya sila rujuk pada lampiran di bawah.
Sekian, terima kasih.

Pemberitahuan Ralat

Kami memohon maaf kerana berlakunya ralat pada tarikh Ujian Intervensi Tahun 6 2016. Tarikh ujian berkenaan akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2016.
Harap maklum.

Tuesday, February 16, 2016

Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi @ SK Taman Melati

Pihak SK Taman Melati melalui Unit Jawatankuasa Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Titiwangsa telah mengadakan Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi bertempat di Dewan Melati, SK Taman Melati. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan Cawangan Titiwangsa, En. Joumil Ikim. Tujuan utama ceramah seumpama ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang ancaman bahaya demam denggi dan nyamuk aedes kepada kesihatan manusia. Selain itu, ceramah ini bertujuan untuk mendidik murid-murid SK Taman Melati tentang jenis-jenis nyamuk aedes dan cara bagaimana demam aedes ini merebak.
Selain mengadakan ceramah, pihak Pejabat Kesihatan cawangan Titiwangsa juga ada mengadakan pameran tentang nyamuk aedes dan bahaya denggi. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada murid-murid SKTMKL agar lebih peka dan prihatin tentang ancaman dan bahaya denggi kepada kesihatan mereka.









Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Program Seminar Keibubapaan dan Taklimat PBS 2016. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memperkasa pengetahuan ibubapa dalam mendidik anak-anak dan mempertingkatkan pengetahuan ibubapa tentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau lebih dikenali sebagai PBS. Butiran lanjut bolehlah rujuk di lampiran di bawah ini.


Monday, February 15, 2016

Makluman Mesra SKTMKL

Dimaklumkan bahawa Kelas Intensif Tahun 6 seperti mana yang pernah dilampirkan pada surat siaran bertarikh 14 Januari 2016 akan bermula pada 14 Mac 2016 hingga 17 Mac 2016.

Harap maklum.