Thursday, February 4, 2016

Makluman Mesra SKTMKL

Dimaklumkan bahawa peperiksaan Intervensi Tahun 6 akan diadakan pada 22-24 Februari 2016. Jadual waktu peperiksaan tersebut akan kami muat naik ke FB dan blog selepas Tahun Baru Cina. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
Harap maklum.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul @ SK Taman Melati

Pada 20 Januari 2016 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1437H lalu telah diadakan ceramah Maulidur Rasul Peringkat SK Taman Melati. Pihak SK Taman Melati amat berbesar hati kerana Ustaz Mohd Sufian bin Mohd Isa @ lebih dikenali sebagai PU Sufian sudi meluangkan masa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul kepada murid-murid SK Taman Melati.
Semoga dengan ceramah ini, para pelajar terutamanya pelajar-pelajar Islam dapat mencontohi semangat juang Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian mereka.

  





Ceramah Kepentingan Kesihatan Gigi dan Cara Penjagaannya kepada murid-murid Tahap 1 SK Taman Melati.

Pada hari Jumaat (29 Januari 2016) telah diadakan Taklimat Kesihatan Gigi dan Cara Penjagaannya bertempat di Dewan Melati, SK Taman Melati. Seramai 3 orang jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Setapak, Kuala Lumpur. Modul ceramah yang diberikan termasuklah jenis-jenis penyakit gigi, jenis-jenis makanan yang boleh merosakkan gigi dan cara penjagaan gigi termasuklah cara memberus gigi dengan betul.
Sebelum ceramah berakhir, pihak Klinik Pergigian Setapak telah mengadakan kuiz kepada murid-murid Tahap 1 dan memberi hadiah kepada murid-murid yang dapat menjawab jawapan yang betul. Murid-murid Tahap 1 kelihatan amat teruja sepanjang ceramah diadakan.
Semoga dengan ceramah yang diberikan, murid-murid Tahap 1 mendapat pengetahuan dan cara-cara yang betul dalam penjagaan gigi supaya dapat melahirkan pelajar SKTMKL yang cerdas fizikal, mental dan emosinya.

     


Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Bola Baling (Lelaki dan Perempuan) SK Taman Melati

Pada 2 hingga 4 Februari 2016 lalu, telah diadakan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Peringkat Zon Keramat bertempat di Padang DBKL Wangsa Maju Seksyen 2. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk menyarung jersi pasukan bola baling SK Taman Melati telah dihantar untuk mewakili SK Taman Melati ke kejohanan ini bersama 2 orang guru pengiring.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menjadi juara kejohanan bola baling kategori perempuan setelah menewaskan SK Wangsa Jaya dalam perlawanan akhir yang sengit dengan mata 1-0. Manakala skuad lelaki terpaksa berpuas hati di peringkat suku akhir setelah dikalahkan oleh SK Wangsa Maju Seksyen 2 dengan mata 2-4.
Walau apa pun keputusannya, pihak SK Taman Melati ingin mengucapkan tahniah kepada kontijen skuad bola baling SK Taman Melati atas komitmen yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SKTMKL yang terlibat dengan kejohanan ini. Semoga skuad bola baling SK Taman Melati akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

   



Wednesday, February 3, 2016

Setinggi-tinggi tahniah buat warga kerja Surau Ar-Raudhah, SK Taman Melati.

Pada hari Rabu, 27 Januari 2016 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KPM Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Dalam majlis ini telah diadakan Anugerah Imarah Surau dan Musolla bagi Sekolah-Sekolah KPM. Terdapat 56 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan S.K. Taman Melati telah mendapat tempat ke-6 dalam Kategori Surau bagi Sekolah Rendah dan mendapat hadiah saguhati berupa poster kaligrafi, sijil penghargaan berserta wang tunai bernilai RM300.00 sumbangan dari Bank Islam Malaysia Berhad selaku penaja utama program ini.

Meskipun mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut, pihak warga kerja Surau Ar-Raudhah tidak akan berputus asa dalam mengembangkan syiar Islam kepada para pelajar-pelajar Muslim SK Taman Melati serta menanam semangat serta mendidik para pelajar Islam agar sentiasa mendekatkan diri dengan ' Rumah Allah' ini supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar Islam yang berjati diri Muslim dan berakhlak mulia.

      

      








Makluman Mesra SKTMKL


Program Kelas Bimbingan dan Kelas Tuisyen 2016 Anjuran DBKL.

Pihak DBKL dengan kerjasama SK Taman Melati akan menganjurkan Program Pelaksanaan Kelas Bimbingan dan Kelas Tuisyen bagi Tahun 2016. Program ini mensasarkan murid-murid dengan pendapatan keluarga kurang dari RM5000 sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat yang dilampirkan di bawah.

Sekian, terima kasih.


Pemberitahuan Mesra SKTMKL

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti sempena Tahun Baru Cina adalah pada 8 Februari 2016 sehingga 12 Februari 2016. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat yang telah dilampirkan di bawah ini.

Untuk makluman ibu bapa pelajar SKTMKL, surat ini akan diedarkan kepada murid-murid SKTMKL bermula hari ini.

Sekian, Harap maklum.