Wednesday, July 23, 2014

Pengesahan Tahun 1 sesi 2015

Surat penempatan  tahun 1 bagi sesi 2015 telah di edarkan kepada ibu bapa melalui pos. Tarikh pengesahan bermula dari 1 Ogos hingga 30 ogos 2014. Sila bawa surat penempatan dan sijil asal kelahiran untuk membuat pengesahan.

Untuk tempahan nametag sila bawa bersama RM5 untuk 3 Keping.

Kelewatan dalam membuat pengesahan tidak akan dilayan.

Majlis Orientasi tahun 1 2015 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 30hb Oktober 2015
Masa : 8am - 1 pm
Tempat : Dewan SK Taman Melati

* Surat Orientasi akan diberi semasa pengesahan dibuat*

Wednesday, July 2, 2014

Kutipan Derma Untuk Bantuan Murid Sempena Aidilfitri

Kepada Ibu, Bapa, Penjaga Murid SK Taman Melati

Dimaklumkan bahawa unit HEM SK Taman Melati akan mengadakan program bantuan murid sempena bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri. Program ini diadakan bagi membantu murid miskin. Kutipan akan dilakukan pada hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan. Ibu bapa boleh menyalurkan sumbangan melalui anak- anak.

Sekian, terima kasih.

Surat Siaran 

Tuesday, June 24, 2014

Pembatalan Aktiviti Kokurikulum

Untuk makluman semua aktiviti  KOKO dibatalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Sekian terima kasih.

Monday, June 23, 2014

KEM BESTARI SOLAT KALI KETIGA 2014

Kepada semua ibubapa/Penjaga SK Taman Melati

Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Kem Bestari Solat Kali ke-3 2014 untuk semua murid Tahap 1(Tahun 1,2,3) dan Tahap 2 (Tahun 4,5,) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Jun 2014
Hari : Khamis
Masa : 1.00 - 4.30 ptg
Alatan yang perlu dibawa : Telekung. Selipar dan Beg Plastik

Kehadiran adalah wajib.

Sekian.

Tuesday, June 17, 2014

HARI TERBUKA (PENGAMBILAN BUKU ADAB)/ KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program hari terbuka seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2014 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dikelas masing- masing( kecuali tahun 6 - didewan melati)

Sila klik disini untuk melihat surat siaran.

Kejohanan Balapan dan Padang dan sukaneka kali ke-11 2014

Sekolah akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang dan sukaneka kali ke-11 2014 mengikut ketetapan berikut

Tarikh : 21 Jun 2014
Masa : 8.00 pg - 12.00 tengahari
Tempat : Mini stadium Sk Taman Melati

Sehubungan itu sekolah amat berbesar hati menjemput tuan/ puan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.

sila klik disini untuk melihat surat siaran

Monday, June 2, 2014

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

SAPS
Penyemakan markah peperiksaan.




Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).
Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.