Pada 3 dan 4 November 2015, semua murid Tahun 1 SK Taman Melati telah menerima suntikan vaksinisasi dari Unit Kesihatan Bergerak Sekolah, Klinik Kesihatan Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur. Suntikan yang diberikan kepada mereka adalah suntikan Double Antigen dan vaksin bagi Measles, Mumps and Rubella (MMR). 2 suntikan ini amat penting bagi mereka bagi mengelakkan dari terkena penyakit seperti Diphteria, Tetanus dan beguk. Selain itu, suntikan ini dapat menguatkan sistem imunisasi badan mereka dalam melawan penyakit. Murid-murid Tahun 1 juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menerima suntikan ini.
Kami di SK Taman Melati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Pasar Besar Gombak kerana sudi hadir ke sekolah kami dan memberi suntikan kepada murid-murid tahun 1 SK Taman Melati. Semoga dengan pemberian suntikan ini dapat melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental dan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang di masa akan datang.
Suntikan pd 3 dan 4 November
ReplyDelete