VLE Frog





Apa itu VLE Frog

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web yang diberi.

Ibu bapa atau pelajar yang ingin mendapatkan ID dan Password boleh menghantar nama dan No. kad pengenalan ke email sekolah wba0090@gmail.com

Untuk Login boleh  klik disini
*  Login yang diberi untuk murid/ibubapa/staf SK Taman Melati*

Disini terdapat beberapa link mengenai VLE Frog yang diambil dari beberapa blog lain.

  1. http://smkbbst.wordpress.com/ 
  2. http://skpetaling1.blogspot.com/p/vle-frog.html
  3. http://serinilamkl.blogspot.com/p/1-bestarinet-vle-frog.html 

Perlantikan Bridget Bestari @ Pengawas ICT bagi tahun 2015.


Perasmian dan perlantikan Bridget Bestari  SK Taman Melati dilancarkan pada 13 April 2015. Majlis perasmian dirasmikan oleh Pn. Jamilah binti Ariffin Penolong Kanan Kurikulum.
Bridget bestari ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen murid bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.
Penubuhan Bridget Bestari di semua sekolah diharap akan dapat menjadi pemangkin kepada matlamat menggunakan teknologi sebagai pengupaya dalam proses pengajaran dalam pembelajaran. Pelajar-pelajar yang terpilih menganggotai Bridget ini merupakan sekumpulan pelajar yang istimewa kerana mereka akan bertindak sebagai peransang dan modal kepada rakan-rakan murid yang lain. 


Barisan Pengawas ICT@ Bridget Bestari


Senarai Nama Pengawas ICT @ Bridget Bestari

Tahun 6.
  1. Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri
  2. Khairunnisa Adlin binti Adnan
  3. Nurin Sofiyyah binti Mohd Heideer.

Tahun 5.
  1. Aiman Harith bin Adi Arman
  2. Nur Umairah Syamira binti Hamdan
  3. Putri Nur safiya bt Shapiai
Tahun 4
  1. Muhammad Hakimy Iskandar bin Norhazmy
  2. Nureen Dania binti mohd Abu Bakar
  3. Nureen Hana Humaira binti Ramzul Hafis





No comments:

Post a Comment