Friday, May 29, 2015
~SELAMAT BERSARA PN. JACQUELINE NETTO~
Sekalung budi buat Pn.Jacqueline Netto,
Beliau yang mesra dengan panggilan Teacher Jacq, telah berkhidmat di sekolah ini semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2004 akan menoktahkan perkhidmatannya dengan rasmi sebagai guru Bahasa Inggeris.
Umpama sebutir permata yang indah berkilauan, sinarnya memberi harapan khasnya buat anak-anak SKTM yang menduduki UPSR saban tahun. Sepanjang menerajui tenaga pengajar BI tahun 6, pencapaian sekolah dalam mata pelajaran ini amat membanggakan...sentiasa melebihi 90%.
Selaku Ketua Panitia, bayak cetusan idea yang diberi demi kebaikan semua pihak. Tempat rujukan bagi rakan sepasukan yang meminta nasihat dan pandangan.
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya, warga SKTM akan mengadakan Majlis Persaraannya pada 29/5/2015 bersamaan hari Jumaat.
Kami sebagai warga SKTM ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada 'teacher Jacq', semoga kekal bahagia dan sihat sejahtera sentiasa hendaknya.
Sekian, terima kasih.
Sunday, May 24, 2015
MAKLUMAN : PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Kepada Guru-guru dan kakitangan SKTM,
Tarikh : 26 / 5 / 2015
Hari : Selasa
Tempat : Dataran SKTM.
Kod Pakaian : Pakaian sukan
Tarikh : 26 / 5 / 2015
Hari : Selasa
Tempat : Dataran SKTM.
Kod Pakaian : Pakaian sukan
Tuesday, May 19, 2015
Teks Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam Sejahtera dan Salam
1 Malaysia.
PENDAHULUAN
1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2015. Bagi saya, sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya dengan rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok tanah air atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.
"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
2. Tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan dengan suasana dan cabaran masa kini serta sejajar dengan misi kenabian Rasulullah s.a.w sepertimana sabda baginda dalam sebuah hadith: Innama bu’ithtu li’utammima makarimal akhlaq Yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”
3. Sehubungan ini, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Lebih-lebih lagi dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.
4. Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.
5. Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi. Dalam perniagaan misalnya, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan pelanggan untuk terus membeli barangan atau melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika peniaga itu tidak amanah dengan melakukan penipuan atau manipulasi untuk mengaut keuntungan berlebihan, maka sudah pasti pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya akan mengalami kerugian.
6. Begitu juga dengan industri, baik industri pembuatan, makanan, pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain. Semua industri ini sebenarnya dibina di atas kepercayaan pengguna bahawa barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti, selamat dan mempunyai nilai untuk wang (value for money). Semua ini menuntut pemain industri untuk bersifat amanah, jujur dan berintegriti dengan tidak sekali-kali mengkompromi kualiti barangan atau keselamatan pengguna semata-mata untuk mengaut keuntungan. Jika mereka melakukan pecah amanah, penipuan dan khianat kerana sikap tamak haloba sehingga menjejaskan keselamatan dan kepentingan pengguna, maka tentu sekali pengguna atau pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap industri berkenaan dan menyebabkan para pengusaha industri mengalami kerugian. Jika pecah amanah, salah guna kuasa dan salah urus berlaku dalam skala yang lebih besar, maka industri berkenaan mungkin akan lumpuh dan ekonomi negara menguncup.
7. Saudara dan saudari, renungkanlah. Integriti mungkin dianggap satu perkara yang kecil dan soal individu. Tetapi hakikatnya ketiadaan integriti hanya pada segelintir individu boleh mendatangkan malapetaka yang besar kepada sesuatu industri, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, sudah sampai masanya kita meletakkan pendidikan moral dan akhlak kearah melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai urusan utama (core business) pendidikan di negara kita.
8. Hal ini boleh direalisasikan sekiranya guru-guru sentiasa menerapkan nilainilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan ko-kurikulum. Tugas mendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam atau guru disiplin, tetapi pada semua guru. Jika kita dapat menjadikan sekolah sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi kenyataan.
9. Lebih-lebih lagi soal akhlak dan keperibadian yang mulia amat ditekankan bukan sahaja oleh agama Islam, tetapi oleh semua agama dan kepercayaan. Saya yakin, seorang penganut agama yang taat akan mengamalkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, pendidikan akhlak dan moral mestilah menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Saya percaya, jika prinsip ini dapat digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid tanpa mengira kaum dan agama, kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini. PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
10. Saya sedar menjadi guru pada hari ini tidaklah semudah yang disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru memerlukan komitmen tinggi dan menuntut perubahan dinamik dalam profesionalisme keguruan. Oleh itu, KPM melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri. Seorang guru yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan kepada murid.
11. Dalam usaha memastikan guru yang dilahirkan oleh institusi pendidikan guru mampu mendidik murid menjadi insan berkualiti, sistem pengambilan guru pelatih juga telah ditambah baik. Dalam Gelombang Pertama anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, Institut Pendidikan Guru kini melaksanakan dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu sebanyak 30 peratus pengambilan baharu adalah terdiri daripada pelajar cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Saya amat berharap agar pemilihan calon guru yang terbaik dapat membantu melonjakkan mutu pendidikan negara. KURIKULUM PENDIDIKAN ABAD KE-21
12. Matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran pendidikan abad ke-21 untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Untuk itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta menekankan penggunaan "Higher Order Thinking and Creative Skills" (HOTaCS) yang bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik.
13. Selain Kurikulum Standard, Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz juga telah dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih. Kurikulum Dini dan Tahfiz memberi penekanan dalam pendidikan agama tanpa membelakangkan pendidikan akademik. Tahfiz Model Ulul Albab yang menggabung jalinkan tiga bidang ilmu, iaitu ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan ilmu sains pastinya dapat memantapkan aspek sahsiah, rohani dan minda murid. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu ini, saya amat berharap agar kita dapat melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia dalam ertikata yang sebenar. TRANSFORMASI PENTAKSIRAN
14. Transformasi sistem pendidikan negara menerusi PPPM 2013 - 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap aspirasi akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai teras pembangunan murid secara holistik. PBS bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecergasan fizikal serta nilai dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi melengkapkan sistem ini, maka Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan untuk menguji komponen yang holistik ini secara mapan. Saya amat berharap agar pelaksanaan PT3 akan terus mendapat sokongan dan dokongan para guru dan ibu bapa. KEJAYAAN GURU Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
15. Peranan guru sebagai pembina ilmu terbukti melalui kejayaan murid kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu. Pencapaian membanggakan dalam STPM dapat kita lihat apabila sebanyak 41,915 murid kita telah lulus penuh dengan 408 murid mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil. Cumulative Grade Point Average (CGPA) juga telah meningkat daripada 2.57 pada 2013 kepada 2.62 tahun lalu. Dari sudut pencapaian murid luar bandar, saya juga berasa amat bangga dengan usaha guru yang berjaya merapatkan jurang sebanyak 11 peratus antara bandar dengan luar bandar melalui keputusan UPSR yang lalu. Gred Purata Sekolah di Sabah juga telah meningkat sebanyak 0.12 mata dengan program intervensi yang telah dilaksanakan, manakala sekolah yang berada dalam band 6 dan 7 telah berkurangan kepada 1.39 peratus tahun lalu berbanding sebanyak 1.73 peratus tahun sebelumnya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru yang telah menyumbang kepada kejayaan ini!
16. Sesungguhnya usaha dan pengorbanan guru mendidik anak bangsa memang tidak dapat dinafikan. Saya berasa bangga apabila Cikgu Anuar Mansor, guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015 (Kumpulan OKU) yang disampaikan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.
17. Saya juga amat berbangga dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor yang melonjak daripada kedudukan 4,568 pada 2012 ke 1,511 pada 2013 dengan GPS meningkat daripada 2.26 kepada 2.08 dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa usaha gigih para guru di bawah kepimpinan Guru Besar, Cikgu Hajah Bibi Sakinah binti Haron Khan dengan kerjasama erat para ibu bapa telah melayakkan mereka menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
18. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Cheras dan SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam Best Music Performance sempena Festival Kesenian Antarabangsa yang berlangsung di Turki pada penghujung April yang lalu. Kejayaan ini tentu bertitik tolak dari usaha para guru yang gigih melatih muridmurid yang menyertai pertandingan ini.
19. Saya juga mengucapkan tahniah kepada adik Izzah Amzan yang sering memenangi kejohanan gimrama peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ini termasuk gimnas terbaik kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2015 bagi kategori junior dan gimnas terbaik kejohanan "Kalamata Cup" Greece 2015 juga bagi kategori junior. Tahniah Izzah Amzan dan ibunya Puan Hazira binti Hamsah yang merupakan seorang guru di SMK Seri Saujana, Kuala Lumpur.
20. Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua guru yang terlibat membantu mangsa banjir yang melanda negara kita pada hujung tahun lalu. Secara khusus saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di bawah pimpinan Cikgu Husmira Hussin yang telah menggerakkan 50,000 orang guru untuk membantu mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja pembersihan pasca-banjir. PENGUMUMAN INSENTIF: PENGHARGAAN ATAS JASA GURU Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
21. Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan beberapa khabar gembira kepada guru-guru. Pertama, Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn [Akta 763] telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan. Melalui Yayasan ini guru-guru akan dibantu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian, termasuk guru yang tidak layak mendapat biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur. Yayasan ini juga akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda. Memandangkan guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, maka Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-anak guru yang terlibat; Kedua, Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) iaitu dari 43 tahun bagi Ijazah Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan. Peningkatan had umur bagi pegawai awam mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Peningkatan ilmu di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efisien. Ketiga, Kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik Elaun Pengetua dan Guru Besar sedia ada. Elaun sedia ada yang telah berkuatkuasa mulai tahun 2000, kini dinaikkan dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi 2,405 Pengetua Sekolah Menengah dan kenaikan dari RM100 kepada RM200 sebulan bagi 7,757 Guru Besar Sekolah Rendah berkuatkuasa 1 Julai 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan persetujuan kepada cadangan Kementerian untuk menambahbaik elaun pengetua dan guru besar. Penambahbaikan ini dibuat kerana Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peranan dan kompleksiti tugas yang semakin mencabar dalam mendokong transformasi sistem pendidikan memerlukan kewibawaan dan kreativiti dalam kepimpinan Pengetua dan Guru Besar. Insentif ini diharap akan dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan murid. Prestasi Pengetua dan Guru Besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukuran kesesuaian penyandang terus menduduki jawatan tersebut. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
22. Sempena majlis perasmian hari guru yang penuh bermakna ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru-gur yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan dan Ikon Guru bagi tahun ini. Anugerah ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh guru yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara. 23. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang bergelar guru di mana jua anda berada. Biarlah ungkapan keramat ‘guru' atau ‘cikgu' terus kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Semoga saudara dan saudari para guru terus menjadi penyuluh dan suri teladan dalam memartabatkan tradisi keilmuan dan membentuk kesempurnaan akhlak generasi muda. Padi segemal kepuk di hulu, Sirih di hilir menekap junjungan; Kepalang guru membina ilmu, Pasir sebutir jadikan intan. Pameran LIMA banyak khalayak, Langkawi terkenal Dataran Lang; Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan akhlak, Jasa baktimu sentiasa dikenang. 24. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-44 Tahun 2015.
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!
Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PEMBERITAHUAN MESRA : PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2016.
Adalah dimaklumkan mulai tahun 2016 permohonan ke kelas Prasekolah akan dibuat secara Atas Talian. Permohonan secara atas talian untuk sesi kemasukan bagi tahun 2016 hanya akan dibuka mulai Jun 2015.
Rujukan : Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pautan : http://jpwpkl.moe.gov.my/index.php/21-pemberitahuan/507-permohonan-kemasukan-murid-prasekolah-tahun-2016
Wednesday, May 6, 2015
JULAT GRED PEMARKAHAN PEPERIKSAAN BARU SEKOLAH RENDAH 2015
Bermula tahun 2015 sekolah akan mengguna pakai Julat dan Gred yang baru
- 85 - 100 --> A
- 70 -- 84 -- > B
- 60 -- 69 -- > C
- 50 -- 59 -- > D
- 40 -- 49 -- > E
- 01 -- 39 -- > F
- 00 -------- > TH
* Jika semua subjek mendapat E masih dikira LULUS (menguasai)
* Jika ada 1 subjek mendapat F maka keputusannya GAGAL (Tidak menguasai)
Tuesday, May 5, 2015
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Melati akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR1) pada 11 Mei sehingga 15 Mei 2015.
Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak ibu bapa dapat memastikan anak- anak tuan/puan dapat menghadiri peperiksaan tersebut pada masa yang ditetapkan.
Sekian.
Untuk lihat Jadual Peperiksaan sila klik link dibawah.
Jadual PKSR 1

Subscribe to:
Posts (Atom)