Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Tuesday, October 30, 2018
Pemberitahuan Mesra SK Taman Melati
Kepada ibu bapa yang ingin mengetahui status pemakaian kasut hitam untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid Tahap 2 di Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
Pada 21 Oktober 2018 lalu, Kejohanan Kid's Athletics Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall anjuran CAK Sports Academy dan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4.5 dan 6) terdiri dari Team A dan Team B SK Taman Melati telah mendapat johan dan tempat keempat keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga murid-murid SK Taman Melati terus maju dan mara ke hadapan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati
Pada 18 Oktober 2018, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati di Dewan Gemilang, SK Taman Melati. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Taman Melati yang cemerlang dari segi sikap,sahsiah dan tauladan yang boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPW Keramat, En. Abing bin Haji Sabang sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini.
Selesai rehat Tahap 1 dan Tahap 2, Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Melati diadakan di dewan yang sama. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid SK Taman Melati yang merupakan bakal pewaris negara kita di masa akan datang. Sambutan Hari Kanak-kanak juga dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan pelawak terkemuka negara, Kumpulan Zero. Pelbagai lawak jenaka tetapi berisi sarat dengan nasihat telah disampaikan kepada murid-murid SK Taman Melati. Kelihatan murid-murid SK Taman Melati begitu seronok dan teruja dengan kehadiran mereka. Sedutan video murid-murid SK Taman Melati bersama kumpulan Zero turut disertakan.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak ini berakhir jam 1:00 petang.
#TerimakasihKumpulanZero
#Murid2SKTamaMelatibegituteruja
#Tahniahkepadapenerimaanugerah
#Semogadapatjadicontohkepadaadik2SKTamanMelati
#Murid2SKTamaMelatibegituteruja
#Tahniahkepadapenerimaanugerah
#Semogadapatjadicontohkepadaadik2SKTamanMelati
Kredit gambar dan video: Ustazah Rayyan Halim dan Cikgu Zarina Zainuddin
Pemberitahuan SK Taman Melati
Kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1/2019 SK Taman Melati yang sudah membuat pengesahan online tapi masih belum menghantar surat cetakan pengesahan..diminta tuan/puan menghantar segera surat cetakan pengesahan berserta surat beranak asal untuk disahkan oleh pihak sekolah. Kelewatan tuan/puan akan menyukarkan pihak sekolah untuk membuat persediaan persekolahan anak tuan/puan untuk sesi tahun hadapan.
Harap maklum
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid prasekolah di Kejohanan Kid's Athletics Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018.
Pada 30 September 2018, Kejohanan Kid's Athletics Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Wangsa Walk Mall anjuran CAK Sports Academy dan murid-murid prasekolah SK Taman Melati telah mendapat naib johan keseluruhan dalam kejohanan tersebut. Semoga prasekolah SK Taman Melati terus maju ke hadapan
Subscribe to:
Posts (Atom)


















